biarku dgn jeans biruku

>> November 21, 2007

::School is like a lollipop. It sucks until it is gone..::

48,000 got 5As in upsr. if i'm not mistaken, ada keluar jugak statement that only 6,000 will be admitted to boarding schools. ulasan hishamuddin, "ibu bapa jgn bersedih kalau anak x dpt masuk sbp. sbp bukannya hebat sgt pun." ek eleh... kalau x hebat, xyah aa buat sbp langsung.

well, tu my 1st reaction. ye la, sapa nak ngaku sekolah sendiri x hebat. tapi, kawan2 aku ckp mmg budak2 sbp sekarang pun tah hapa2 je. ala, the usuals: x respect org lebih tua, tapi buli junior gila2.

aku rasa yg nak anak2 diorg masuk sbp ni mainly because they want their child to be independent. aku pun rasa kalau aku x masuk sbp, dah masuk u kot baru nak gosok baju sendiri, basuh kasut sendiri, kemas katil sendiri. mcm adik aku sekarang ni, hampehh... satu apa pun x tau. kena paksa siap dgn pukul2 baru nak buat. err maybe not a good comparison, since he's a boy and last in the family... but nonetheless.

pastu aku rasa kalau masuk sbp, bond dgn kawan tu agak kuat. although it also depends on who your friends are, sometimes friends bring out the best in you. sure, there's the bullies, the beauties, the nerds, the tomboys, tapi tu sume hanya membuatkan hidup kita lagi best. n personally aku rasa batch aku dulu mmg among the happenings la. kalau sorg ada masalah, yg lain2 sume akan tolong. tapi kalau dah diri sendiri x nak berubah tu x tau la kan.

err tapi ada la yg kurengnya. sbb kawan2 je yg selalu around 24/7, apa yg kawan2 ckp selalunya akan diambil kira dgn seriusnya. ada dulu sekali masa aku mula3 masuk time form 1. masa tu aku pakai jeans (oo yeah, sekolah aku dulu kasi pakai jeans!), n i sat next to one of my friends. dia pun pakai jeans jugak la. tgh tunggu house meeting nak start, so mmg borak2 kosong je la. sekali boleh kawan sebelah aku ni ckp, "ni mesti jeans murah ni, sbb ada satu line jahitan je. tgk aku punya ni, ada 2 line jahitan." hehe ok to those yg buta menjahit, yg kat kelim yg mencantumkan seluar tu, ada certain jeans ada 2 lines (kelim papan mesin), ada yg ada 1 line je (kelim jahitan tangan? err sth like it). i didn't know i was really offended that time, tapi sampai sekarang pun, kdg2 aku unconciously akan tgk jahitan kat tepi jeans tu. n kdg2 still wujud lagi rasa puas hati bila aku tgk jeans yg mahal2 pun ada 1 line jahitan je. haha mcm terencat je. tapi ya, itulah kenyataannya.

apa pun, aku rasa sekarang ni sekolah mana pun sama je. kalau parents x monitor, masuk la sekolah abim pun, kalau bertumbuk bertumbuk jugak. cuma kalau masuk sekolah biasa, you have the freedom to take, what, 17 subjects in spm? which is totally pointless in my opinion, kalau amik pun subject senang je (amik physics, chem, bio, then sains?). tapi tulah kan, kerajaan pun iktiraf yg plg cemerlang = yg plg byk A. cet.

err tapi menyedihkan jugak bila ada students bunuh diri semata2 kerana result upsr x ok. kecik2 lagi dah terasa xde harapan utk hidup... ya Allah bersyukur sgt2 bunuh diri tu x pernah terlintas langsung kat kepala ni. alhamdulillah gak x pernah rasa mcm shoved into a corner, xleh nak hidup ke. are msians really that competitive / desperate? teringat dulu2 terbaca kat paper, in japan a mother kills another mother's daughter, sbb dia rasa budak tu penyebab anak dia sendiri x dpt masuk tadika yg dia nak. itu ke budaya yg kita nak contohi?

ok chiow.

0 comments:

Powered By Blogger

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP