celebration

>> April 28, 2008

::There is nothing better than birthday cake. It's like a slice of concentrated love with buttercream frosting. ::

as horrible as the day began, it turned out fine at the end. kami mula dgn bacaan yasin n doa selamat, (adik aku siap bisik tanya, boleh doa utk arwah leo ke? hehe.. which of course kitorg x buat), then makan2 time. makan mmg sedap la, as expected from pak ndak n family. ada gak laksa johor (ni mmg tradisi apa2 jamuan yg mak aku buat... walaupun mak njang aku yg masak hehe), n wonderful, wonderful desserts.

the birthday boys: nazreen (1 yr old) n rafiq (20). actually dua2 lagi comel dr yg dlm gambar hehe. nazreen tgh gatal gusi nak tumbuh gigi ke-5

the cakes.. mmg sodap sehingga menjilat pinggan. before acara potong-memotong pun dah beberapa jari dah cuit kat krim. yg sempat aku pukul aku pukul... (sorry ye khalisha!)


potong time! yg pakai baju pink belah kiri gambar tu la khalisha... sian dia tangan dia kena pukul, sbb sibuk cuit kek tu. dia jugak la yg paling sibuk bila bukak hadiah... mcm dia punya je heheh. makcik aku ckp time bday dia dulu dia mcm x compute lagi tu hadiah2 dia, so org lain yg bukak. sekarang baru nak merasa

masa ni jugak, alhamdulillah kitorg dgr berita mak ndak aku dah stabil kat ICU. arissa (anak cousin aku) yg kena tahan kat wad sbb jangkitan paru2 pun dah boleh keluar mlm tu, so mcm all's well ends well la jugak that day... sedih pun x terasa sgt time tu. seronok gak tgk budak2 gembira main2 kat luar rumah, sume org pun enjoy makan. tah bila lagi nak buat lagi...

ok chiow.

Read more...

accident

>> April 14, 2008

tanggal 12 Apr 2008, my whole family tgh bersiap2 nak buat doa selamat n jamuan birthday utk anak buah aku yg setahun 9 apr lepas, n adik aku who turned 20 on that day. biasa la, sume busy bersiap, mak, makcik2 n adik pompuan aku kat dapur tgh masak, adik2 laki aku 2 org still tido kat atas, n cousin2 aku duduk tgk tv.

lepas breakfast tu, mak aku suruh gi kedai beli yasin, sbb takut x cukup time baca yaasin nanti. pastu nak ajak anak sedara aku effa sekali.. so lepas effa mandi, terus masuk kereta nak jln. mak aku masa tu tgh sapu porch depan keta aku. so dah start keta sume, dah ready segala, masuk la gear reverse. sampai satu tahap tu, keta aku mcm terjongket siket. aku pikir terhempap selipar or kasut sapa2 kot, sbb dah pernah dah mcm tu. lagipun tgh ramai org kat rumah, so mmg kira normal la tu.

masa tgh reverse lagi tu, sekali aku tgk mak aku jerit2. muka mmg x tau mcm mana nak describe la: mcm nangis, marah, geli sume ada. aku tanya mak aku dr dlm keta tu, apsal? mak aku tunjuk2 kat depan kereta tu, n aku nampak mak aku ckp, "LEO!"

aku teringat feel /rasa terlanggar 'benda' yg aku ingat selipar tadi tu. aku langgar leo ke? ya Allah, masa tu aku x tau nak buat apa. aku matikan enjin, effa keluar kereta tgk, cousin aku afiq pun keluar rumah. i couldn't bring myself to see leo. last2 aku menangis je dlm kereta. then aku nampak adik aku fikah kat pintu. sekali dia meraung yg kuat gila. lagi aku nangis. and the rest...

x lama kemudian aku nampak adik2 laki aku. kemudian bapak aku. aku beranikan diri nak tgk leo... sbb masa tu effa kata dia bergerak2 lagi. siap suh bawak gi hospital. tapi bila aku tgk, aku hanya nampak bhg belakang badan dia. darah merah pekat keliling tpt dia baring tu. aku x berani nak tgk muka leo... aku duduk balik, n menangis lagi. masa tu, adik aku fiqah dgn siddiq tgh nak amik leo. masa tu adik aku lagi sorg rafiq x nampak muka. later on i found out he was digging a hole to bury leo in our yard. lepas tu nampak mak aku amik hose, nak siram porch. all the while, aku kat dlm keta, menangis.

i didn't really remember how i felt, it's just that i really wanted it to be just a bad dream. yg nanti tiba2 ada leo dtg dr luar masuk ke rumah. yg sebenarnya aku x langgar apa2 pun. tapi tula, it really happened. then adik aku dtg kat aku, mintak aku keluar sbb dia nak reversekan keta nak basuh lantai. bila tgk adik aku yg tadi meraung, lagi aku sedih. aku ckp, "kak yan x sengaja..." pastu mak aku papah aku keluar keta, aku duduk kat ruang tamu menangis lagi. x lama lepas tu afiq panggil aku, ckp diorg nak kambus leo dah. aku gi tepi rumah, nampak kelibat muka leo dlm tanah. mata still terbukak. fiqah nampak aku, pastu dia jerit suh aku stay back, x nak kasik aku tgk. pastu dia yg kambuskan balik lubang, sambil rafiq n siddiq menangis tgk. lagi aku nangis.

i thought i cried enough, but even when i'm writing this, i still feel like crying. semlm pun kdg2 kalau teringat leo, i felt the need to shake my right leg, as if i could shake the bad memories off of it. mcm2 benda aku fikir; what if aku tgk bawah keta aku dulu before start enjin, what if kitorg dah kurung leo awal2 spt kebiasaannya, what if aku reverse slow2, maybe leo sempat lari. and what was he doing when i ran over him? adakah dia sedang tidur, spt yg sume org ckp... or adakah dia mmg tgh lari, tapi sbb cara aku reverse kereta yg membuatkan dia terkena jugak? ya Allah... ampunkan dosaku. sesungguhnya aku x sengaja.

aku rasa sedih gak sbb leo mati waktu birthday adik aku, but at the same time felt relieved, sbb kalau xde doa selamat ni mesti aku duk meraung2 or termenung je lagi mcm org hilang akal. at least, we gave him a proper burial. it's just that... aku ingatkan kalau pun leo mati, maybe sbb sakit.

to leo, may you rest in peace.

Read more...

penyeri

>> April 07, 2008

walaupun org kata a picture said a thousand words... x kira, aku nak cite gak serba sedikit ttg benda2 dlm gambar ni...

ni masa kitorg gi pd mid-march. konon2 nak buat mcm duyung la, tapi x berapa menjadi. x syok aa pasir sini, x lembut... modelnya lak kejap2 gerak, kejap2 angkat tangan, mana x hasil pun x semenggah hehe.. tips: carik model yg kecil molek, x byk songeh, n pasir yg x menyakitkan jari-jemari.


ni pulak kucingku leo. makin besar makin bebal... main sukati lepas di mana jua. yg susahnya? manusia2 jugak. haritu dia gaduh sampai berlubang belakang telinga (ingat nak letak gambar, tapi nanti k ida x lalu makan hahaha peace).. doktor kasik picit nanah sampai membuak2 keluar. last2 sekarang lepas maghrib je kena kurung kat dlm sangkar (ke kandang?) dia. padan muka ko leo... oo lagi satu, ia x fotogenik la, amik gambar muka stoic je. harap bulu je lebat. hampehh...

di satu petang nan malap di bulan mac, sampai2 je keta, tgk ada bendera kecik. kena clamp!! frust gila punya gila la time tu, dah la hari dah nak gelap. nasib baik adik aku ada time tu, suh dia pick me up and then gi bayar saman kat bhg keselamatan u*m. err tapi salah aku jugak, ada la dlm.... erm... lapan kali x bayar saman kat situ. hehe ingatkan yg park tepi jln je kena clamp, yg parking kat parking spot pun kena gak. nasib baik la abang yg tukang amik bayaran tu baik ati... dia siap bg hint kat mana nak park x kena saman. tima kasih abang keselamatan! jasamu kukenang selagi aku naik komuter insyaAllah.



ok chiow.

Read more...

kini sudah terang

>> April 01, 2008

::it's like rain on your wedding day...::

masa kecik2 dulu, aku rasa time hujan la time utk family / friends bonding. sbbnya time hujan xleh nak keluar dah, so berborak dgn org keliling je la. time2 hujan gak selalunya mak aku x kasik tgk tv, sbb takut kena kilat (ke petir? aku selalu confuse aa 2 ni). pastu nanti mak goreng keropok, sambil minum milo. uuuu sedapnyeeee...

kalau kat asrama lak, kalau angin kuat sgt duduk dlm dorm / bilik je (sbb tpt2 lain mesti tempias punyalah). so disbbkan xde org goreng keropok atau buat milo, duduk borak2 je la. time2 camni la baru keluar cerita2 yg kdg2 x bajet pun org tu nak cite, cite pasal cita2 ke, pasal impian hidup ke, cite pasal last movie seen ke, etc. in a way, rain brings us closer together, err sometimes physically too (kalau time sejuk gila, tapi sume malas nak naik kat katil, sbb tgk syok cite kat tgh2 dorm, n dah ada sorg bawak selimut ke lantai). hehe good times.

time study kat uiuc lak, (at least) my perception of rainy season changed a bit. selalunya rain = gloomy. sbb time2 hujan aku xleh nak gi tpt lain, n sume org pun pakai payung n raincoat hitam, jln sorg2, keta pun x byk... ish mmg rasa sedih gak aa. early years ok lagi, sbb room / apt sebelah2, so kalau hujan pun boleh gak aa bertandang. dpt lak gi rumah yg rajin layan freeloader mcm aku ni, ada je la kudap2an hehe. boleh gak nak layan fehlong2 time ni. homesick aa, impian masa depan la, dream job la, dream house la, etc. later on, sume dah start hidup sorg2, so mmg kalau hujan lagi gloomy la rasa. err tapi aku rasa my life that time was really gloomy, even when it snowed pun aku rasa gloomy semcm. pengaruh barat kot nih, hehe.

bila dah kerja ni, lagi la x nak hujan. bila hujan je, "alamak, sure SMART tutup, jam gila laa kl", "stesen subang jaya mesti banjir.. delay lagi la komuter gamaknya...", "ish, hujan pulak... xpe, better sekarang dr petang nanti." heheh ntah le, tadi tiba2 aku terfikir, apsal kita tiba2 jadik mcm westerners ni? x nak hujan? komplen bila hujan? hebat ke kita kalau hujan xde? pdhal kalau nak kirakan, negara beriklim khatulistiwa yg panas dan lembap sepjg tahun kena ada hujan.

err ni peringatan utk diri sendiri gak ni... kita patut gunakan musim hujan ni utk muhasabah diri, utk berkenalan dgn lebih rapat dgn jiran2 kita, kawan2 kita, saudara2 kita (err mcm ala2 fadzilah kamsah lak heheh). mana tau, ntah2 dunia kita ni lebih kecik dr yg kita sangkakan kan?

hmmm nilah agaknya alasan astro bila siaran x dpt sbb hujan...

ok chiow.

Read more...

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP