dikda tunang

>> March 28, 2008

last sunday (230308) kitorg balik kulai, johor sbb cousin aku, dikda bertunang. alhamdulillah, selesai sumenya, heheh. kecil2an je, tapi ok la, janji tunang kan. seronok gak aa, tgk dua2 pihak berkias2 ckp nak merisik n bertunang tu... "hendak memetik bunga yg berada di taman ini"; "saya mengesahkan bunga di sini belum berpunya". mcm ni ye rupanya...
dikda bersama2 cousinnya, a.k.a mak andam. sebaya diorg tu, tapi yg mak andam tu dah anak 2 dah.

ni baru lepas disarungkan cincin oleh ibu tunangnya.. manetah tunangnya sampai sudah aku x perasan


sirih dan buah2an... buah naga tetap x ketinggalan. apsal buah naga byk kat johor ek?


hantaran hati... eh lagi...


cupcakes... tapi x sempat nak rasa, sob sob


bila dah balik tu, baru teringat, xde pun amik gambar ramai2 family gitu... ceh. tapi xpe la, still had some fun... insyaAllah diorg kawin 9/9/09. hehe aku rasa ntah2 nanti byk gak kenduri lain nak gi time tu.

apa2 pun, dikda congrats! you're halfway there...

Read more...

wishful thinking

>> March 21, 2008

::An adventure is only an inconvenience rightly considered. An inconvenience is an adventure wrongly considered.::

semlm dlm bella ada satu part yg satu mamat ni nak ngorat satu minah ni, tapi minah tu x nak sbb beza darjat aa lebih kurang (mcm minah ni sure yg mak dgn abg dia akan x suka dgn mamat ni). pastu mamat ni mcm kecik ati, pastu dia ckp minah tu xde sense of adventure. ceh, kebudak2an betul mamat itu (dah la muka mcm shafie naswip mukhsin tu hehe). ingat cinta2 ni sama dgn jeram / solero shot ke, boleh main terjah2 je? err agaknya la.

btw azhar sulaiman dlm cite sgt menjadi. geram aa tgk dia pukul bini, bunuh org sume. dah la hensem. cite apetah yg dia berlakon dgn maria farida dulu tu, haha lawak n comel gila. aku ingat masa dia kawin dulu org bising apsal dia x kawin dgn org yg lagi lawa. well itu cite lama.

anyway aku suka baca blog kirah. well basically since dia antara 'anak dara' yg ber-blog n berkerjaya, so somehow i feel that can relate to her. as opposed to other blogs yg byk cite pasal anak2, rumahtangga, etc (err doesn't mean i don't like reading them tau!). well ainur's pun actually, tapi antara diorg dua org mcm milo panas dgn coklat la: dua2 sedap, tapi berkaitan dgn tastebuds yg berlainan.

mine? entah la labu... aku rasa aku lagi suka ckp benda2 yg aku rasa aku nak ckp je. heh, tapi xde la byk mana pun kan. mcm best je baca kirah's experience going to concerts / watching jdrama marathon. ainur pun best byk gi jln2 sini-sinun.

apsal aku x cite pasal hobi aku / sapa yg aku minat sume? haha ni mcm weird siket. of course aku ada minat artis tu artis ni, tapi aku x berani nak lebih2. sbb aku takut bila ada org baca pastu dia ckp yg dia boleh buatkan aku jumpa dgn artis yg aku minat tu, nanti i'll spoil the moment / mood, or nanti mcm, "la, mcm ni je dia ni...". cth: katakan la aku admire tun mahathir. pastu tiba2 ada satu peluang yg membolehkan aku jumpa dgn dia. pastu nanti bila dah jumpa, tiba2 aku x buat apa2 pun. mcm borak2 biasa dgn dia uninspired. mesti lepas2 tu nanti dah x admire dah. kan dah rugi sebhg besar masa aku before that duk admire dia? contoh je la...

another thing: apsal aku x suka letak gambar2 aku gi jln2 ke mana2? sbb aku malas nak transfer gambar dr laptop kat rumah tu ke sini. nak kirakan, byk gak tpt aku gi yg aku rasa best / sth worthy to talk about: tatu, space adventure, langkawi, sudoku tournament... yg mmg ada amik gambar pun. tapi tulah, kalau dah malas tu malas jugak. last2 dah jadik benda yg lapuk, so terus x letak dah.

nak kata ckp pasal current issues pun xde la sgt. sbbnya aku takut nanti ada org google apa2 keyword (or any search tools for that matter hehe), nanti terjumpa sini kang abis di-flamenya (eh flame kan perkataannya?) nanti x pasal2 kena shut down, abis sume kenangan terindah.

so who do i admire / fancy actually? salah sorgnya ialah p. ramlee (hehe a safe choice, innit?).

ok chiow.

Read more...

obsessed

>> March 17, 2008

waaargh what's this restless feeling??
oo yea, it's your own fault.

rabu depan insyaAllah ada interview nak jadi permanent (i'm sure there's a simpler word for it, but who cares?), kalau lepas ni, alhamdulillaah... tapi sbb dah lama x interview, di hadapan org yg dikenali pulak, so dia punya cuak tu lain mcm.

konon2 aa, print segala nak baca kat rumah. plan nak gi mate's wedding pun x jadi (btw mate in case ko terbaca ni, sorry tau x dpt dtg... pops tade la, n ingat nak prepare for interview pun heheh). sekali sampai2 je mak aku ckp, "x jadik pergi kenduri eh? gi port dickson nak?" ish3, ni yg berat nak menolak permintaan seorg ibu nih. actually mmg dah tau pun plan sedara-maraku nak gi pd, tapi awal2 lagi aku dah ckp xleh haritu, sbb nak gi kenduri (masa tu x tau ada interview). well, terpaksalah kan...

so hari sabtu, mmg dr pagi la bersiap nak ke pd. buat kastard jagung, sandwich sardin n telur mayo. bila sampai tu mmg syok aa rasa ("bahang laut" bak kata mak aku). sampai2 tu biasa la, makan2 time. err lagipun kitorg sampai dah kul 12 lebih, yg lain2 sume dr kul 10 dah sampai. n seperti kebykan kedai2 kopi yg lain, topik politik menjadi main agenda. hehe time2 ni la aku rasa mcm dah dewasa, sbb sebelum ni mmg x pernahnya aku dpt join perbualan sedara2ku. err tapi byk dgr je la, sbb aku x kenal sgt pun sapa2 yg bertanding. hehe siap boleh panggil adun tu nama pendek je (anak jiran dulu2 ke apetah).

dah lepas makan tu, mandi pulak (err okay tabiat x baik ni). tapi mandi pun kejap je, sbb air laut tu mcm x best je. ada certain tpt kalau pijak, tiba2 rasa mcm licin2 n tenggelam. bila kaut tgk pasir2 kat situ hitam, mcm dah bercampur dgn minyak. ish frust aa jugak time ni. tapi enjoy aa gak, siap kambus2 org sume. best2.

ptgnya, singgah jumpa atukku di senawang. aku pun x ingat sgt la, tapi byk tido ptg tu, sbb penat "bahang laut". mlmnya, main ps2 cousin aku. guess what: dia ada game resident evil 4!!! hehe okay mmg la game lama, tapi disbbkan aku x pernah tgk pun game tu, mmg rasa excited gila aa main.

aaa best aa main game tu, sbb graphic cun. hahah sekarang pun bila aku tgh fikir psl leon kennedy yg hensem tu pun boleh senyum sorg2 (err tapi kalau ada real person rupa mcm ni, ngeri gak... dia dlm game je hensem). main sejam tu pun, aku rasa mcm org gila. sbbnya bila termati tu, keluarlah segala mcm perkataan yg secara normalnya jarang aku akan sebut. dah la time tu pulak budak2 sume boleh lak main2 kat situ. kalau mak2 diorg marah ni mmg padan muka aku la. tapi nak buat mcm mana, xleh control mah. cousin aku yg selalunya dikira budak nakal dlm family aku pun boleh terkejut tgk aku, siap ckp, "oo mmg suka eh game2 mcm ni". hehe terasa over la pulak. bila dah nak balik tu, siap pesan kat cousin aku, jgn usik aku punya saves (hehe pdhal 1 je memory card dia). dgn harapan bila2 aku jumpa dia lagi aku nak sambung aa lebih kurang.

ahadnya pulak, sedara aku dtg singgah. as usual, makan t/hari pun dah amik masa satu hari. last2, mlm tadi baru nak start pegang2 notes2 tu. hehe rasa mcm nobita yg semangat nak buat hw, tapi last2 kerja lain yg dibuat, pastu terjelepok (?) atas meja sambil ngadu / mintak tlg kat doraemon. aku xde doraemon tapi... so terjelepok sorg2 je la.

hmm, i think i need to work on my phrasing n paragraphing. mcm tunggang-langgang jek.

anyway, teka la hari ni aku buat apa. err survey for ps2. hahahaha dah gila la ni. mcm ada duit nak beli pun, saiko. ctrller xbox yg gi hantar repair dulu pun x gi amik2 lagi. tu duit lagi tu. ish, apsal la aku suka sgt buat perkara2 lagha ni?

please pray for my success.
btw this is leon being almost decapitated by a madman. sweeet.

ok chiow.

Read more...

baik ada makna tu...

>> March 03, 2008

::Word up it's the code word; No matter where you say it you know that you'll be heard.::

kdg2 kita terjumpa pompuan yg bila ckp suara dia biasa2 je, tapi bila nak mintak tlg apa2 dr org lain, automatically suara dia berubah. becoming a pitch higher. hehe guess what, that could be me.

aku rasa ada org pernah ckp kat aku ("bila ckp kat telefon suara mannnje aje"), tapi ingatkan dia saja nak usik2. tapi lately aku sendiri pun perasan gak aa, bila ckp (selalunya kalau ada tujuan di sebaliknya) mesti suara tiba2 nak jadi lagi lembut / ngada2. hahaha i know it sounds weird, but it's true.

tadi gi jumpa somebody, nak mintak sth, x tau kenapa, tiba2 suara aku jadi mcm lagi mengada2. mungkin sbb time tu sume tgh fokus kat aku, n room tu mmg senyap gila, so maybe aku tgh self-conscious so keluar la the high-pitched voice? x tau la, yg pastinya, as soon as i finished asking, i even wondered myself, "apsal suara aku mcm tu?"

err maybe deep down inside i know i'm asking that person a favor, so that would be some sort of "the act of being nice since i'm asking his/her help" thingy? lebih kurang mcm aku nak mintak tlg dia, so xkan la nak mintak secara kasar kot kan? erk, doesn't that make me an opportunist? mcm x baik la pulak.

if that were true for all ladies, most probably yg lelaki2 duk ingat diorg dingorat sebenarnya xde apa2 la ek? heheh sbb normal la, pompuan mintak tlg kat laki. n aku rasa kalau pompuan mintak tlg dgn suara biasa2 je, ntah2 laki tu x nak tolong pun. hehe me n my own distorted opinion. anyway tu sbb aku x suka ckp dgn laki, nanti dia ingat aku ngorat dia lak (ceewah sempat...). haha tapi betulla. mamat2 yg jadi customer service streamyx n pizzahut mesti 'tergoda' dgr suaraku di telefon. mmg x digalakkan pun ckp benda2 yg x berfaedah dgn org2 yg x berkenaan kan.

in some way, consider yourself warned: kalau tiba2 suara aku jadi mcm so unlike me, kemungkinan besar ada benda yg aku nak. muahahahahahahaa (gelak jahat).

ok chiow.

Read more...

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP