singing in the rain

>> July 27, 2007

staying back to settle a few things...

only heard a couple of voices speaking on the phones.. mesti tgh ckp dgn hubby masing2 tu. slow je suara, heheh. err ada jugak bunyi lantunan bola pingpong, but that's another matter. seronok je hidup ni.

time2 camni pun rasa x tenang actually. sbb duk risau nanti naik komuter sesak ke x. hidup ni mmg akan sentiasa dlm kerisauan ke? x pun, tapi kdg2 manusia saja je nak menyesakkan fikiran. termasuklah aku.

dah lama x naik basikal, x pun jln2 dlm hujan pakai hooded sweater / jacket je. masyaAllah, time2 tu mmg aku rasa cantiknya alam ni. agaknya time tu fikiran kosong, tumpu pd jalan je kot. kalau driving susah siket nak nikmati alam ni, sbb takut nak langgar keta depan.

heheh, mcm terasa kehilangan sesuatu... perasaan je kot.

ok chiow.

p/s: wrote this last friday.. tapi lupa nak publish kot, heheh

Read more...

thicker than water

>> July 20, 2007

::Eat and drink with your relatives; do business with strangers.::

hehe this entry is more like an anecdote; sth that always happen to me, especially when i'm among the crowds! xleh ke kalau perkara yg (boleh thn) memalukan berlaku time xde org kat sekeliling?

t/hari tadi, after zuhur aku n the usuals nak masuk ofis... so bila sampai je lif tu, kami pun terus la naik. as always, aku the last person masuk lif, n lif tu pun mmg dah ada dah 5-6 org, mmg diri betul2 depan pintu lif la jadinya. aku x expect pun akan kenal sapa2 dlm lif tu (yg guna lif tu mostly misc / petronas staffs), so xde la berusaha pandang keliling ke apa. mmg pandang pintu lif je la. sekali tiba2 org sebelah cuit aku. siap ckp, "nanti kirim salam kat mak abah ye." terkejut gak aa. sapa yg kenal parents aku kat sini ni? after a few microseconds, "eh, mak long rupanya!!" dgn reflexnya aku salam cium tangannya.

haha, sbb aku mmg dah lama dah x jumpa makcik aku, aku mmg seriously lupa dia kerja kat situ. masa mula2 pandang muka tu pun aku mcm blur kejap. nasib baik x terlupa pangkat... kalau x lagi haru, heheh.

(kat belakang tu aku dah dgr dah gelak tertahan dr org2 di belakang... hampehh korg)

aku: mak long, sorry x perasan tadi...

mak long: xpe, xpe.. kalau yan x turun situ (tingkat 15), takde dpt jumpa kan.

aku: haa tulah.

(awkward pause.)

aku: mak long x balik perlis?

mak long: x... tapi harituh mak long pergi buat umrah. semua2 sekali la pergi.

(aku lupa nama anak2 dia, so aku xleh nak setuju mcm, "oo sekali la sume dgn si polan si polan eh?")

aku: oo ok... nanti njang halim pun nak pergi haji.

mak long: bila dia nak pergi haji?

(aa sudah. mcm mana aku nak jawab ni... err puasa ramadhan bulan 9, raya syawal.. bila zulhijjah ek? err..)

aku: bulan haji la.

(iya... gelak yg tertahan dr tadi terburst sudah... dgn mak long2 aku sekali gelak)

mak long: ya Allah budak ni... ni la budak2 zaman sekarang. (ada ckp sth about x tahu, tapi aku dah x ingat dah)


nasib baik lif dah sampai level dia... makcik aku pun keluar. malu siot... malu gak aa dgn k ida, k ina, su, wati, shima sume. tu la, jarang berckp dgn org x sebaya. clumsy x hingat. kalau aku cite kat mak aku ni, mesti dia suruh ulang byk kali sampai boleh imagine sume... aiseh.

sebenarnya aku xde la seteruk itu okay (time kecik2 aku ni la phone book bergerak tau.. sume no phone sedara aku hapal), tapi makcik yg ini mmg aku x pernah jumpa langsung, sampai la pakcik aku (aka laki dia aka abang bapak aku) meninggal about 2 yrs ago.. err pernah la kot time kecik2, tapi yg nyatanya aku mmg x pernah tau rupa makcik aku before that. apetah lagi anak2 dia.... langsung x pernah jumpa. so, technically it's not my fault, right?

i think it's in the genes... pernah dulu2 time adik mak aku zaman muda2 lagi naik bas nak balik rumah... biasa aa, dah duduk terus dah x toleh mana2 lagi dah (mesti pandang ke depan, kan? hehe). sebelah dia time tu laki, tapi setakat tau lelaki je, x tgk muka sume. pastuh bila dah sampai kat tpt yg dituju (jauh gak aa), makcik aku pun turun la. terkejut jugak dia, sbb dia rasa laki sebelah dia tadi pun ikut turun sekali, tapi still x toleh lagi. bila dah turun bas tu baru la makcik aku ni toleh.. sekali tgk abang dia (aka pakcik aku)! yg pakcik aku ni, saja je x nak tegur, nak tgk perilaku adik dia aa kononnya... pastuh siap aa makcik aku tu kena bebel. muka masam aa, x tegur org aa, sombong aa, etc. hehehe, tu aku rasa lagi lawak.. duk sebelah2 lagi tu...

kesimpulannya: kenalilah saudara anda.

ok chiow.

Read more...

mari mari mari

>> July 17, 2007

::If more of us valued food and cheer and song above hoarded gold, it would be a merrier world.::

yess more intellectuals around... dahhh kena allocate more time in the mornings. heheh alasan.

dunno bout the others, tapi bagi aku ini salah satu cara utk kami di sini think out of the box (more like think out of the half-opened cubicle.. or sth like it). ye la, ngadap file je mana ley tahan... pekerja cemerlang pun x buat camtu duh.

we live in an unjust world. not everybody lives by the same rules, and not everybody can bend the rules. one thing's for sure, you can't break the rules if you're a nobody. mcm mana boleh wujudnya diskriminasi? adakah ia berpunca dr favoritism? nepotism? chauvinism? feminism? racism? apa2 lagi -ism?

pada pendapat aku la kan, benda2 ism ni wujud sbb manusia suka mengkategorikan benda. mcm kalau ko nampak sombody buat sth yg ko x berkenan yg memberi kesan kpd ko directly / indirectly, bila time menyumpah seranah tu ko xleh nak kutuk, "ee manusia tu mmg aa... hampeh". somehow you tend to make that person not you. yg senang nak nampak fizikal la kan. e.g if you're a girl, "ee laki tu mmg aa..."; if you're a malay, "cina tu mmg aa..." if you're skinny, "ee budak gemuk tu mmg aa..."; if you're a permanent, "budak kontrak ni mmg aa..." and the list goes on. lagipun, kalau kita amik ciri2 yg sama dgn diri kita, tu sama jugak mcm mengutuk diri kita sendiri, kan? buat apa nak meludah ke langit (heheh amik dr kata2 michelle melodi), baik ludah ke kiri, kanan atau kat padang. cuma kdg2 kita lupa yg bukan kita sorg je yg boleh meludah.

tah aa, kdg2 bengang gak bila diperlekehkan / dianaktirikan. bila jadi mcm ni la kdg2 nak berlaku bersih, cekap dan amanah tu susah. it takes a very strong heart n will to be such a person.

me? aku komplen selagi termampu, kalau improve, alhamdulillah. kalau x, komplen lagi. so mekaseh aa pd yg sudi mendengar.

ok chiow.

Read more...

demi masa

>> July 13, 2007

::Time flies like an arrow. Fruit flies like a banana.::

pagi tadi aku berjaya keluar rumah awal drpd biasa. awal siket aa, 5 mins or so. fyi, ada 2 route to komuter:

i) ikut 4 tambahan, problem: lalu depan sekolah, yg mana byk keta tiba2 stop kat situ, n 2 traffic lights. tapi boleh speed
ii) ikut 3 tambahan, problem: bykkk sgt bumper.

hari ni konon nak try jln yg jarang lalu, n ingat nak naik yg awal siket drpd yg aku selalu naik tu, so ikut route ii. sekali masa kat kawasan byk bumper tu, ada satu keta yg lembab gila, terpaksa membuntuti je. dah la tu, bila dah masuk jln besar (xde aa besar pun, satu lane je jugak), ada pulaak lori yg maha slow, dan 4-5 biji keta antara lori tu dgn keta aku. aa tensyen2. last2 sampai komuter sama je dgn kalau aku keluar rumah mcm biasa lalu route i. heheh dah la boleh terberharap yg kalau aku patah balik amik route i, masa pun boleh berpatah balik. tapi ye la, of course impossible.

kinda reminds me, how time flies. mcm anak buah aku, sekarang mulut dia berbunyi je. mak aku pun rajin la melayan, tapi ckp baby yg keluar dr mulut org tua? so not entertaining, thank you. hehehe mcm bunyi apa tah. oo pastu kalau anak buah aku nangis, bg je ngadap depan tv, terus senyap. x tgk dia tgk berita lagi, boleh gelak tu.. agaknya dia ingat pak lah ckp dgn dia kot hahaha. ada sekali tu dah pusingkan dah bouncer dia ke depan tv, tapi still nangis2 jugak. last2 mak aku pusingkan kepala dia betul2, kasi mata dia ternampak tv tu, terus senyum.

kat ofis ni pun, yg mengandung perut dah besar, yg bertunang dah kawin, yg single pun dah nak bertunang dah. sume2 ni mengingatkan aku yg kalau aku x berubah pun, sekeliling aku tetap akan berubah. dan peluang utk mati tu pun mcm semakin besar jugak.

tah ah, getting older is everybody's business, but the process is what separates you fr the others.

ok chiow.

Read more...

fly me to the moon

>> July 10, 2007

::Walau kita cuba sembunyi; Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati::

not really in my element right now. rasa mcm sume org nak naikkan darah aku lately. esp family aku la kot, sbb dgn diorg je yg aku makan, tidur n tinggal sekali setakat ni.

ada sekali tu aku mcm bising2 kat abang aku sbb apetah. sekali dia ckp kat adik aku, "akak awak ni xleh handle stress. kalau stress je mula la nak marah2." terkejut n membuatkan aku terfikir la gak, sbb selama ni aku ingatkan aku ni tough orangnya. heh, tula kot sbbnya susah org nak amik aku kerja dgn diorg. i don't seem confident enough to be one of them.

betul ke aku x tahan tekanan? sbb selama 25 thn aku hidup ni, thn ni yg aku rasa yg plg aku susah nak bersabar. tah berapa byk dosa dah agaknya duk marah2 org, sumpah seranah org sume. agaknya tuh sbb aku selesa duk kat US dulu. pikir pasal diri sendiri je, x yah susah nak pikir pasal parents aku ke, adik-beradik aku ke. well, dulu pikir la gak, tapi sampai situ je. pikir.

maybe one of the reasons i'm acting like an a** is because i care. maybe the way i show it is not right, but that's the way i am. kalau aku x peduli pasal org tu, xde keja aku nak bising2 pasal org tu. xde masa aku nak risau2 psl org tu. tapi plg tension kalau aku rasa aku je yg duk risau2, tapi org lain x kisah pun. either they don't care, or they care but they don't show it. show me some support, pls!

tah aa, tapi betul la kot abg aku ckp. bila aku rasa aku dah kisah pasal org tu, aku cepat tension kalau org tu buat sth yg aku rasa xkan bawa kebaikan pdnya, or bawa keburukan pd org lain. n my family alone is enough to make my life a miserable one. in a good way, actually. just not really good for my emotional well-being. sakit otak laaa.

kinda hoping this is only a temporary, PMS-fueled thing. ya Allah, tenangkanlah hidup hambaMu yg lemah ini...

ok chiow.

Read more...

my trip to bandung-puncak-jakarta (last part)

>> July 06, 2007

err hampir terlupa lak. sorry peeps.



hehe ni nak tunjuk contoh org bawak handbag kat mana2 di indon. sume kena pegang / letak kat depan. ye la kan, negara org... hilang passport kang jadi PATI lak, hehehe...

so kat jakarta kitorg bermlm kat gren alia cikini hotel, 3 bintang jugak tapi mcm best aa. bilik air dia aa best, mcm batu marmar coklat, rasa mcm zaman cleopatra gitu (jakun-ness alert!). tapi sampai hotel baru kul 8 gitu, so pak eri ada cadangkan gi tgk persembahan tradisional kat taman dekat2 dgn hotel tu, tapi kena menapak siket. punya la baik pak eri tu, dia call every bilik, bgtau ada event apa kat situ (wayang kulit ke apetah), pastuh tanya ada sesapa interested nak gi x. tau2 je la kan, sah2 org yg dtg sume kaki shopping, mcm la nak appreciate persembahan2 ni, hehe. xde sapa pergi rasanya. rugi gak, sbb bila lagi nak witness benda2 camnih. tapi ye la, penat duh pagi tu berjln2...


pagi esoknya, dah bersiap2 nak check-out / berangkat pulang ke msia. dlm itinerary, pagi tu sepatutnya round2 kota jakarta, tgk monumen, rumah presiden, etc. seperti biasa, majoriti nak gi shopping lagi, so cancel all plans. frankly, aku terkilan gak x dpt tgk bangunan2 tu, tapi at the same time, ada can lagi nak habiskan duit siket... so mana2 pun boleh. so where to? none other than ITC Mangga Dua (again!). argh, apsal x nak pergi WTC? tapi still, aku berbelanja lagi di situ. bought more t-shirts n kain pelikats, n a few souvenirs for some ppl.

lalu bertolaklah kami ke soekarno-hatta airport, jakarta. ni gambar last minute kat airport. saja kenang2an. oo pastuh bila sampai kat msia, ada org pesan kat aku jgn jadi org plg depan time kat kastam tu. selalunya, kalau in group, diorg akan check org depan / group leader je. so walaupun aku org yg plg awal dpt beg fr belt, aku tunggu gak org lain kasi jln sama2. heheh, pilih jln dgn our PRO, gempak siket... nasib baik, dia x check langsung group kitorg tu. r/mate aku (k linda mat darus) kena check lama gak kat checkpoint, sbb time tu dia jln sorg2 je. time mak aku dah sampai nak amik aku pun dia x keluar lagi. x tau ok ke dak.

yeaa akhirnya berjaya juga menamatkan memoir ini. bg yg nak ke bandung / jakarta / puncak n nak mintak a few tips fr me, jgn malu segan. rasa2nya dlm cleo 3 mths ago pun ada ckp pasal trip ni. overall ok la, not bad for a 1st time. x pernah guna khidmat travel agent pun sebelum ni, so x tau what's the standard, but quite satisfactory. of course, there's room for improvement, tapi most importantly, enjoy yourselves. x yah pening2 nak tensyen2 ke, nanti boleh affect sume org.

okay, nak sedut hingus. ok chiow.

Read more...

reminiscence

>> July 02, 2007

::kenangan silaaaaam aku dan dirimu...::

hehehe... don't really have anything to write, but can't just leave this at it is, can i?



tadi aku, su n wateq bercerita pasal mic misha omar, yg special utk dia nyanyi je. aku pun x ingat dah mcm mana perbualannya, tapi ada su buat lawak yg mic tu special sbb kat mic tu nanti ada air liur misha je. pastuh akak su pun buat lawak yg nanti boleh bukak kepala mic tu, pastuh ada air liur bertakung, n boleh buang camtu je. haha geli gila sebenarnya, tapi time tu aku pun teringat yg time brass band dulu, aku pun selalu jugak buat mcm tu. terus su geli nak ckp dgn aku.



btw this is baritone, the one i used to play. sweet! (or gross, depends on the way you see it)

bila dah teringat ni, mula aa nak fehlong2. dah la kat batchmail pun sume org berjiwang2 teringat kenangan silam... cet. truthfully, i don't really know who i really was. was i one of the geeks? or the cool people? coolest geek? maybe. heheh, but i really3 had fun while i was at tkc. maybe sbb diorg je yg aku boleh hangout 24/7 (well, except for school holidays) for 5 years. seriously, hadn't i been to tkc, i won't be the same person as i am today.

time kat sekolah dulu, aku x pernah kisah pun sunburn ke, muka berbelang ke. lagi2 masuk band tu, mmg hitam habis aa. kdg2 tu risau gak, tapi nanti terus lupa mcm tu je. ada kawan aku dulu, sampai mengelupas2 kulit sume sbb terbakar sgt. tapi ye la kan, sume pompuan, kalau org tegur pun x kisah sgt.

pastuh sbb agaknya sume pompuan, mmg ckp sume direct je. kalau ada masalah pun, lagi rela kongsi dgn kawan drpd mak sendiri. kalau dpt yg mmg betul2 ngam satu kepala, mmg havoc aa... lagi satu sbb xde laki kan, perangai gila2 sorg2 tu mmg ada aa. pernah je mandi hujan, tido bergelimpangan kat lounge, makan buah dlm gelap, etc..

harituh adik aku ckp, bila dia cite kat kawan dia yg aku xde boyfriend / x kawin lagi, kawan dia ckp maybe sbb aku sekolah sume pompuan kot dulu. tah aa, kalau betul, ramai je kawan sekolah aku yg dah kawin. kalau betul sekolah sume pompuan menyebabkan pompuan kawin lambat, patutnya x payah la adakan sekolah sume pompuan je, hehehe. tapi yg pastinya, aku sekarang happy lagi la dgn keadaan aku sekarang. pergi kerja tudung karipap pun boleh buat dek je.

aa tapi aku mmg rindu aa zaman sekolah. rasa best je, nothing big to worry about, other than your grades. maybe bukan sume pengalaman time sekolah tu reflect the real world, but i'm happy i've been a part of it. at least i know how to handle myself. and i think i'm doing good so far.

enjoy while it lasts.

ok chiow.

Read more...

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP