waris hantu?

>> November 28, 2008

if not mistaken, aku 1st dgr pasal 'bela hantu' masa sekolah menengah. dah ingat2 lupa, tapi ada kawan aku duk cite pasal dia selalu kena rasuk masa kecik, pastu org dtg ramai2 konon2 nak ubat dia, sekali tgk yg dtg2 tu sume mengucap, bertasbih cara lain dr yg lain, ada saudara dia masa nak nikah tiba2 gi hujung pagar, mintak permission dr 'sesuatu' nak kahwin, and more. masa tu la baru aku tau yg cite2 hantu kat tv tu sume wujud, bukan imaginasi penulis skrip sahaja.

anyway, ada cousin aku sorg pun mcm senang 'nampak' benda2 halus ni. pernah sekali masa aku tingkatan berapa tah, aku naik sekereta dgn family cousin aku tu. masa tu kat highway mlm2, aku duk belah kiri sebelah tingkap, dia belah kanan. masing2 duk pandang luar, layannn perasaan. tiba2 cousin aku ckp, "eh, apa tu?". masa tu aku pelik sbb xde sorg pun balas soalan dia tu (ye la, selalu mesti at least ada org tanya, "ada apa?").
pastu bila sampai RnR, barula masing2 bukak mulut. baru mak dia tanya apa yg dia nampak, n dia cite dia nampak mcm kain putih betul2 kat luar tingkap dia. itu kira 1st time aku tau yg cousin aku tu ada 'kelebihan' tu.

bila dah besar ni, cousin aku tu dah makin faham la apa yg dia nampak. selalu nampak merata. tapi bila nak bawa berubat, boleh pulak yg mengubat (aku lupa taraf ustaz ke bomoh) tu ckp, kena buang dulu saka. bila tanya saka siapa? saka nenek aku! wah, masa ni mmg terkejut jugak la... baru tau nenek aku (yg sedang lumpuh xleh berckp sbb strok) ada saka. tapi nenek aku sendiri pun baru tau, kiranya saka itu diturunkan kpdnya tanpa pengetahuan nenek aku.

masa tu jugak, baru masing2 bukak cerita. mcm pernah la before this kawan mak aku tegur ada sth kat nenek aku (masa mak aku jaga nenek aku, n dia dtg visit). n masa nak baca tahlil utk arwah makcik aku baru2 ni, ustazah yg tgk je nama nenek aku tau nenek aku ada bela. so alkisahnya, ada ustaz bgtau yg kalau nak buang (either hapuskan terus or passkan ke org lain... aku x sure), kena kumpul air dari 7 kolah masjid. plan nak gi melaka next week, sbb kat melaka lagi senang nak cari air kolah.

k syud ada ckp, org selalu kaitkan strok dgn ada saka. sbb 'benda' tu duduk kat pembuluh darah, tu yg block darah xleh sampai ke certain parts, etc. sejauh mana kebenarannya, wallahu'alam... tapi kalau lepas saka tu dibuang dan dgn izin Allah nenek aku sembuh dr strok, mmg alhamdulillah la... ada gak aku dgr cite dr makcik aku, saka ni boleh kena kat org yg panas baran. sempat gak aku tanya, "mak, atuk dulu garang ke?" "uuuui garang tau atuk dulu. mmg kalau atuk tgh marah tu mmg abis laa. tapi dah tua2 dah makin kurang." alamak, takut gak aku dgr. kot2 dipasskan nye pulak ke aku, x ke naya. err yes, aku kategorikan diri aku as seorang yg pemarah.

heheh aku pun x tau nak buat kesimpulan apa. mcm x sangka ini berlaku in real life kot... n sungguh dekat dgn aku pulak tu. nak kata x percaya, dah pun berlaku. itu lah kan, byk lagi benda yg kita x tau.

ok chiow.

p/s: gambar sekadar hiasan... mcm kurang berseri lak xde gambar nih heheh

Read more...

list

>> November 17, 2008

aduiiiii nak tag bgtau la... ceh.

SENARAI KESYUKURAN SAYA

1- saya bersyukur dilahirkan x cukup bulan, sbb kalau cukup ada kemungkinan saya lagi 'besar' drpd sekarang hehe

2- saya bersyukur dpt satu sekolah dgn mak, sbb sume org kenal saya sbg 'anak cikgu XXX'. plus lagi besar peluang nak stand out

3- saya bersyukur sempat bersekolah dgn kawan yg sentiasa nak challenge saya. kami selalu berebut nak dpt nombor 1. kalau xde dia mungkin lagi malas nak belajar kot... (faisa, if you're reading this: SELAMAT PENGANTIN BARU!)

4- saya bersyukur masuk asrama, sbb time tu baru rasa nak hidup berdikari: basuh baju sendiri, bahagi2 masa sendiri, toleransi sesama kawan...

5- saya bersyukur masuk all-girls school, sbb ada peluang nak gila2 to the max

6- saya bersyukur saya masuk brass band, sbb kalau x x dpt tgk sukom closeup

7- saya bersyukur dpt dormmates / r/mates yg studious sepjg saya belajar, so sedikit sebyk usaha dan semangat diorg dipasskan kpd saya

8- saya bersyukur punya adik yg fashion- / brand-conscious, sbb kdg2 dpt gak good tips fr her

9- saya bersyukur workload x berapa byk, so dpt surf byk benda kat internet

10- saya bersyukur org still nak berkawan dgn saya, despite my (sometimes) weird appearance, attitude, habit, or way of thinking

11- saya bersyukur dilahirkan di keluarga yg boleh dikatakan lebih siket dr sederhana, sbb kalau x sume benda saya kena beli sendiri nnt

12- saya bersyukur saya masih boleh lihat parents saya tiap2 hari

13- saya bersyukur punya kawan2 yg bila saya tanya, "kita dgn XXX sapa lagi nampak berisi?" diorg jawab, "tinggi xpe..."

14- saya bersyukur saya masih ada byk masa sehari utk buat apa yg saya suka (latest addiction: xbox's elder scrolls: morrowind) --> tobat x nak main RPG lagi dah... lama siot, tapi still xleh nak stop

15- saya bersyukur dpt tgk negara org walaupun negara sendiri pun x abis explore lagi

16- saya bersyukur saya kurang travel, sbb bila baca blog org lain xde la rasa, "pfft, been there, done that"

17- saya beryukur family besar kitorg still rapat sesama kitorg

18- saya bersyukur byk kawan saya truly know their stuff

19- saya bersyukur jarang nampak org lain pakai kasut / sandal sama mcm saya

20- saya bersyukur saya org Islam

heh cukup 20. nak tulis lebih mcm malas lak. (actually took me more than 2 days to write this stuff, kalau perasan yg awal2 sume berjela2, yg bawah2 mcm tu je heheh)

again, feel free to consider yourself tagged.

and oh, it comes with the instructions:
Cara-caranya:
1. Tajuk, Senarai Kesyukuran {insert nama anda, nama gantang atau tidak}

2. Tuliskan semua benda tentang hidup anda, baik atau buruk.
3. Letakkan Saya bersyukur di hadapan setiap ayat tadi untuk mengubah semua ayat baik atau buruk kepada ayat baik dan positif.
4. Boleh dibuat dalam semua bahasa.
5. Saya bersyukur boleh ditukar kepada Saya gembira atau Saya bernasib baik. Tapi kalau begitu lebih baik tajuknya Senarai Kegembiraan atau Senarai Kenasib Baikkan. So jangan susahkan diri.


ok chiow.

Read more...

revelation(s)

>> November 12, 2008

::Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.::

my world is getting smaller.

tahun ni aku mcm xde gi mana2 pun for vacation other than pangkor. well, haritu ada gak gi melaka, tapi itu pun just naik cruise sepjg sungai apetah for 45 mins. jln2 sekitar melaka pun x sempat.

my SIL once said (not directly to me, but you know how it goes in a family; abang -> adik -> akak) that if she were me, she'd spend all the money on traveling and pampering herself. that's the thing: she's not me.

aku selalu rasa aku dah berbelanja lebih dr yg sepatutnya, so nnt akan rasa bersalah kalau nak guna duit lagi. maybe sebenarnya x lebih mana pun, tapi still risau aa bila tgk account balance x sebyk mana. lagipun, susah mau cari geng. bukan sume org available at the same time. tapi main concern is duit la.

plus, how can you not be worried when everybody around you has already moved one BIG step ahead of you? 90% of my peers either dah beli rumah, or dah kahwin, and/or dah ada anak. aku baru bayar duit keta pun dah rasa boleh berpeluh ketiak. tu x campur lagi kdg2 nak belanja family, friends, cats, etc.

which brings me to another concern: is this my dream job/ the job i wanted? (just feel the need to separate those two)

bukan nak angkat bakul sendiri, tapi rata2 org yg aku jumpa bila aku ckp aku kerja apa, diorg akan ckp, "apsal ko x nak cari kerja lain?" or "kat XXX ada opening. apa lagi?" or "ko lagi berpotensi utk pergi lebih jauh lagi." okay, maybe not verbatim, but along that line la hehe.

hehe awal2 dulu rasa syok aa kan, ye la dlm msia ni berapa je yg se'kufu' dgn aku, tapi bila lama2 rasa mcm x ke mana je. teringat gak kawan aku ckp dulu, "kalau org rasa kerja ni x bagus, apa salahnya kita buat sampai org nampak kerja ni bagus?" initially mcm tu la niat aku. konon biar la org nampak mcm kerja tah apa2 je, tapi in the future boleh la berkembang maju, world class yada yada yada. tapi tula, lama2 semangat tu pun hilang.

heh, maybe it's just temporary. i hope it's just temporary. kot2 x lama lagi ada satu rahmat dtg pastu boleh menaikkan semangat aku balik. baru rasa syok je dtg kerja. pernah terbaca dulu kalau rasa x senang hati walaupun duit byk, itu menandakan rezeki tu xde barakah. na'uzubillaah, mintak dijauhkan. hidup x berkat x ke mana.

ok chiow.

Read more...

voting time!

>> November 05, 2008



it's election day in the US. make your vote counts! if you're a US citizen, that is.

masa study dulu familiar gak dgn nama barack obama tapi x ingat la kenapa (democratic rep ke, senate ke, aku pun x sure), tapi yg pastinya dia represent illinois time tu. selalu nampak poster dia merata2 chicago. kagum la siket2 kan, african-american, muda lak tu.

sekali bila baca dia nak run for president, ceh rasa mcm ada connection la kan (tumpang sekaki), hehe pdhal bukannya aku pernah dgr speech dia ke, jumpa in person ke. still, if i were to vote, most probably my vote goes to you. sorry la palin, your 'openness' (or lack thereof) doesn't attract me one bit.

teringat masa 2004 US election, byk classmates kelas Arab aku mmg anti-bush. siap tanya ustaz, "how to say / write "NO TO WAR" in Arabic?" then letak kat basikal. mostly mmg bengang sbb bush sokong war on iraq tu la. ada one of my classmates yg amik arab tu siap kena drafted lagi in the middle of semester. mcm mana la agaknya rasa, dah la org keliling kondem, ko lak kena turut perintah gi perang.

pastu masa bush menang, ada sorg tu bising2 kat kelas, mcm mana bush boleh menang, sedangkan fr survey john kerry (democratic candidate) ada harapan nak menang. siap ckp, "where were all muslims? you're supposed to vote for kerry." as if US muslim citizens ramai (tapi ada sorg budak msia dulu eligible to vote, kitorg suruh dia vote kerry hehe)... tapi itu cerita lama.

kenapa aku sibuk? 'coz we know who controls the US, controls the world. maybe i should say 'who controls the ones controlling the US, controls the world'. let's hope for the better.

ok chiow.

Read more...

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP