drops of jupiter

>> September 25, 2007

::A critic is a gong at a railroad crossing clanging loudly and vainly as the train goes by.::

i wonder if i can make it?

will i make it?

- it doesn't come often, you know.

but, i don't know if i can catch it. it's still kinda far.

- you can make it! c'mon, it's right in front of you!

no, i don't think i can.

- yes you can. run faster!

i can't! i'm slow, remember?

- .. but what if you missed it? are you sure there'll be others coming? besides, who's judging?

i'm gasping for air as we speak.

- doesn't matter... go for it! see, you're halfway there already.

maybe i should just chill out. wait for the next one to come.

- nooo! then what's the point of struggling if you know you can catch it later? it might cost you your future. you don't want that, do you?

future? what does it have to do with what i'm doing here?

- everything, dammit! now run as it was your last run!

..yeah. i can't let my future be ruined for just one stupid mishap.

- now that's the spirit. you know you can make it.

it's just... tiring. having to do this every single day.

- that's what we called life.

okay, whatever. here goes nothing...

ktak ktak ktak ktak ktak ktak ktak.

i made it! woohoo!

"tuan-tuan dan puan-puan, pintu akan ditutup sebentar sahaja lagi."

you know, it's not the struggling that i despise. it's the looks i get fr other people. sometimes make me shudder.

- who cares about them. it's YOU that matters.

you're right. I decide.


ok chiow.

Read more...

share the blame

>> September 21, 2007

::Children might or might not be a blessing, but to create them and then fail them was surely damnation. ::

sick gila pembunuh kanak2 tu... either he ain't got it for a lonnng time, or he can't hold it anymore, or he did it for revenge. in short: SAIKO.

i'm not an expert in this, but personally, aku salahkan parents. mcm mana boleh biarkan anak sendiri x terjaga? mcm biarkan anak sorg2 gi pasar malam, biarkan anak gi terawih sorg2, x amik kisah pasal sapa kawan anak, etc. kalau x larat nak jaga anak sbb ramai sgt, then i'll say: bodoh punya alasan. time dulu2 x nak terpikir, bila dah besar baru nak ckp x larat nak jaga?

mmg org ckp anak tu rezeki, tapi kdg2 aku rasa kalau tiap2 tahun dapat anak, pastu hidup serba kekurangan, mana rezekinya? happy ke pun, kalau everyday anak mintak duit nak beli itu ini, yg si parents pulak kena habis masa nak cari duit, tang mana yg happy tu?

dulu bila aku dgr china kasik satu family dpt satu anak je, aku pikir mcm kejam gila... tapi sekarang aku rasa mcm patut je buat kat msia. berapa ramai budak2 lari dr rumah sbb asyik kena marah / x dpt kasih sayang. itu belum campur lagi yg still balik rumah tapi merogol, merompak, etc. kalau sume parents take care of anak masing2, xkan ada peer pressure. kalau sume parents amik tau perihal anak masing2, xkan ada budak2 lepak tgk porn. kalau sume parents galakkan anak2 diorg study, x kisah pun kalau cikgu2 rotan anak diorg. ni, yg jaga anak pun org lain, sibuk salahkan org lain kalau anak buat salah lak.

yg suka makeup / dressup anak2 pompuan sampai nampak mcm org dewasa tu pun satu. kenapa nak mendewasakan budak2 sebelum waktunya? take jonbenet's case, for example. ada pihak salahkan parents sbb selalu masukkan budak tu dlm beauty pageant, pakai seksi2, nyanyi lagu org dewasa. kalau ada org turn on pun nak kirakan, salah parents jugak sbb diorg yg tunjuk anak mcm tu. let the children grow up by themselves. it may or may not turn out good social-wise / personality-wise, but at least they have a chance to be grown-ups.

aku x ckp jaga anak senang, tapi kalau tau susah, fikir la dulu sebelum nak dpt anak tu. err kalau accidental tu lain cite la kot, xleh nak komen heheh.

ok chiow.

Read more...

taman negara endau rompin (part V)

>> September 19, 2007

err mcm star wars double trilogy lak...

the final day, 2 sept, berkemas la kitorg utk balik... terasa mcm sedih pulak siket2, sbb dah nak kerja balik, heheh. tapi sempat lagi bergambar, biasa la, kenang2an...

walaupun beg lagi berat dr masa dtg (sbb ada baju basah), tapi mmg semangat + laju je jln balik tu. well, dah naik sampai buaya sangkut la katakan (11km tuuu)... hehe perasan jap. mmg ceria aa balik tu. lagipun, lepas tu kitorg nak gi rafting pulak!


2nd raft: rizal, k imah, shahimi, k aida, aku, diad, nazir, redza; yg lain sume 1st raft. yg dlm 2nd raft ni, 3 org je pernah rafting sebelum ni. so mula2 tu asyik rotate 180 je raft. heheh, sampai kena tukar tpt duduk berapa kali tah. tapi t/hari tu punya la panas, dgn xde arus nya lagi, mmg penat aa paddling. sbb x nak kasik pusing, kitorg suem kena count: 1, 2, 3 nak kasi paddle sama2. tgk la airnya, tenang x sangga.

oleh sbb kitorg kat belakang, yg 1st raft tunggu kitorg sbb nak race. mula2 pikir mmg x aci aa, sbb kitorg tgh penat nak catch up dgn diorg, nanti terus start kan. pastu lak, mmg dlm 1st raft tu sume experienced paddlers, cikman tu licensed raft guide lagi. chuk, kat pulak pernah rafting sampai kat asahan, indonesia lagi. tapi, disbbkan kesepaduan kami, kayuh punya kayuh punya kayuh, yeaaa kami menang! heheheh mmg x sangka la. dah la tu, raft diorg boleh terpusing jugak tu. uih terasa bangga jugak la siket2. tapi ada sekali tu raft kitorg bertembung, diorg main percik2 air lak... dah la guna paddle tu, yg basah kuyupnya: akuuuu jugak. (sbb aku yg plg kanan). siut jek. tapi mmg nak mandi pun lepas tu.. so no worries.

sampai balik kat visitor center tu, lepas mandi2 sume, ada satu pakcik ni bawak tgk cth2 perangkap yg digunakan. ada tu scary jugak, sbb boleh bunuh tupai terus, tapi sekali imbas mcm harmless junk je. mcm kreatif la jugak.

last demo: menyumpit. tgk beza gaya pakcik tu dgn gayaku. kat situ ada belon2 digantungkan as target, so sapa kena mmg terer la. boleh dlm ramai2 tu, aku sorg je yg x sampai pun target tu? org lain sume walaupun x kena, tapi sampai kat board yg diorg gantung belon tu. kurang angin betul la...

4pm, kami pun berangkat pulang meninggalkan taman endau rompin yg indah itu... all the way surprisingly kitorg satu keta x tido langsung, well driver of course la kan. hehe yg lawaknya bila turun keta sorg2 jln mcm robot. sakit kaki siut... esp bhg atas peha. nasib baik dah apply cuti the next day, heheh. aku sampai rumah pun dlm kul 11 camtu (sbb berenti makan jugak).

overall, mmg satu benda yg baru jugak la. esp part trekking tu la, yg lain tu pernah gak tempuhi. dpt tambah kenalan lagi, lawak aa gak diorg ni. tambah member kat friendster, heheh. pengalaman yg x dpt dilupakan. utk sapa2 yg teringin nak ke sana, book la awal2. err aku pun x sure mcm mana, tapi ada la. kalau suka night walk tu, maybe akan suka kat sini, sbb lop ckp mlm2 byk binatang keluar. nak trekking 11km pun inilah tptnya, heheh.

ok chiow.

Read more...

taman negara endau rompin (part IV)

>> September 18, 2007

the last night we're at endau rompin, lop pun bercerita pasal kisah2 menarik di kawasan situ... err aku pun dah ingat2 lupa, so kalau tersalah tu ampun ye kpd yg berkenaan.


asal-usul nama buaya sangkut:



excuse the bare skin, heheh... ni je yg aku jumpa yg ada gambar batu tu

(very ringkas, sbb lop cerita pjg gila), pd zaman dahulu, ada seorg tok batin yg ada anak pompuan yg x berapa cantik (lop's own words, hehe). satu mlm ni, si anak ni termimpi yg ada buaya ckp kat dia yg dia akan jadi makanan buaya tu lagi 7 hari. bila si anak tu cite kat bapak dia, bapak dia pun buat upacara nyanyi2 (upacara menghalau kot), 7 hari 7 mlm. so bila mlm ketujuh tu si anak tu bangun tgk dia ok je. tapi a few nights after that anak tu termimpi buaya tu lagi. bapak ni buat upacara lagi, lagi lama 10 hari 10 mlm. pastuh ok. tapi lepas tu si anak tu mimpi lagi. bapak dia x tau nak buat apa, bg cadangan suruh pindah ke tpt yg plg tinggi. so diorg pun gi ke kawasan air terjun buaya sangkut tu (masa tu x nama buaya sangkut lagi.. d'uh). bila kat situ, si anak tu dah x mimpi dah. so diorg pun bercucuk tanam kat situ. tapi dah a few months lepas tu, buaya tu dtg lagi dlm mimpi si anak sambil ckp, "lari la ke mana pun, aku tetap akan dpt ko". mula2 si tok batin ni konfiden yg si buaya tu xkan dpt tangkap anak dia (sbb x kan dpt naik air terjun tu), sekali nak dijadikan cite, mlm tu hujan lebat gila, sampai air sume naik jadi one level dgn paras sg tertinggi tu. buaya tu pun dpt la naik ke atas, tapi mcm mana tah (err aku terlupa part ni) buaya ni mati kat atas tu. so esok paginya bila sg dah surut, ada buaya tersangkut kat tgh2 sungai tu. tok batin ni excited la, sbb lepas ni buaya tu x ganggu anak dia lagi. dia pun lapah kulit buaya, buat gendang besar (as a victory sign). pastu tok batin tu nak gantung gendang tu kat rumah dia, tapi dia duk gantung sana, gantung sini, sume x sesuai. last2 bila dia gantung kat dinding bilik anak dia, baru dia puas hati. sekali mlm tu, mcm mana tah tali gendang tu terputus, hempap anak dia. begitulah ceritanya...

asal-usul nama upeh guling:

ada sorg pompuan nama dia upeh, dah ada tunang. tiap2 hari tunang dia akan cross air terjun nak gi jumpa si upeh. satu hari tu mcm mana tah, upeh ni yg excited nak jumpa tunang dia, dia yg berlari cross air terjun tu. sekali tertegelincir, jatuh berguling2... hence, upeh guling (hahaha aku rasa aku dgr harituh lagi pjg, tapi lupa la)...

kat tmn endau rompin tu jugak ada satu sacred place: padang temambun (south of park, refer map in earlier entry). situ mmg kawasan terjaga betul, tapi lop cite xde sapa pun potong rumput tpt tu. ada tmn bunga yg kat situ je boleh jumpa bunga2nya, byk rama2, etc. diorg anggap tpt tu suci sbb xde org jaga pun terjaga (oh BMku...). naturally, kat tpt2 suci xleh ckp besar, xleh petik amik bawak balik, sume2 tulah. lop cite pernah dia bawak kawan dia gi situ, tapi kawan tu sibuk amik bunga2 yg dah gugur masuk dlm beg dia. sekali on the way balik tu, kilat menyambar betul2 depan kaki kawan tu. last2 dia patah balik letak sume brg2 yg dia amik tu. kitorg ada tanya kenapa x bawak gi situ, dia ckp jauh. n xleh amik gambar pun kat situ (sacred).

lepas tu, kitorg pun tanya mcm2 pasal adat org asli (kat situ dr etnik jakun). tanya itu ini, last2 sampai bab kawin2. ada org tanya, kalau lop nak dating dating kat hutan ke? hehe nasib baik lop tu sporting gila. dia ckp kalau nak dating kena gi bandar, sume org pun gitu. kitorg tanya lagi, kenapa xleh dating kat kg? lop pun bgtau yg adat org asli lagi strict dr adat melayu. dating2 mmg forbidden, pastu any sign yg menunjukkan ada interaction between a guy n a girl, mmg kena hukum kawin terus! waa time ni sume excited + curious (benda baru ni...). lop buat contoh, kalau ada pompuan offer kuaci kat dia, n he accepts, terus boleh kena tangkap, n kena terus kawin, no questions asked. xde hantaran mas kawin pun xpe (btw diorg pun ada hantaran). ada la syarat dia, mcm bukan si laki nak kenakan pompuan or vice versa. tapi kalau nampak je mcm suka sama suka, terusss. not sure it's a good / bad thing, heheh.

aku ada tanya, mcm etnik jakun boleh ke kawin dgn etnik lain, e.g jakun kawin penan. lop ckp, "senang ckp la kan. hati suka, badan mau; pecah kepala simpai". meaning: kalau dah suka tu, jadik la apa pun, mesti on punya. err x berapa sure simpai tu apa, tapi lebih kurang mcm gam. heheh mcm falsafah pulak.

ada lagi... remember keme? he claimed that he once met face-to-face with a bigfoot. terkejut kitorg dgr... yg org heboh kat johor dulu tu dia la yg 1st (as we're told la) nampak. pastu dia bawak krew rtm masuk nak cari, tapi x jumpa dah. keme cite masa tu mlm, dia gi berburu kot. sekali nampak kat depan dia sepasang kaki berbulu lebat. mmg tinggi. bila dia pandang atas, nampak sepasang mata merah tgh tunduk pandang dia (mmg tinggi gila, sbb mata bigfoot tu betul2 atas kepala dia, n bigfoot tu mcm membongkok). keme lari teruss. pastu lop ckp mmg dia tau ada bigfoot kat dlm hutan tu, sbb normally kalau lop gi masuk hutan, cara dia nak tau arah dia dtg is patahkan ranting ke arah dr mana dia dtg. bigfoot pun buat mcm tu, cuma dia patahkan ranting yg tinggi2 yg x tercapai oleh manusia. tapi the next day masa dlm keta, nazir (co-pilot) ada ckp yg kalau mata merah berbulu lebat tu biasanya hantu raya. tapi x tau lah kan. wallahualam...


hehe pastuh byk lagi cite hantu yg kitorg dgr, tapi x syok nak ditulis, kalau diberitahu xpt, heheh. tapi yg pastinya, mlm tu aku tido x berapa lena (sbb terzip abis pintu khemah, udara xleh masuk, kepam). tapi bila terbangun tu, x pikir apa2 cepat2 tutup mata balik. come to think of it, mlm tu aku ada terdgr bunyi suara kat luar khemah, tapi x sure hantu yg berkeliaran ke, org yg berdengkur?
ok chiow.

Read more...

taman negara endau rompin (part III)

>> September 17, 2007



alaaaa, malasnya nak bubuh gambar. aku cerita je ek? oklah, bubuh je lah.ops, lupa nak cerita. ni la meja makan kitorg... merangkap tpt tidur beberapa org yg x tahan tido kat dlm khemah. pakai lilin je, sbb tpt tu xde letrik. dlm gambar je nampak terang ni. tapi terang aa jugak, kira nampak benda yg dimakan tu. maybe ada lampu pelita tergantung gak kot, ntah x ingat. ok moving on...

ni pagi sebelum kitorg berangkat ke air terjun buaya sangkut. 4 org belakang belah kiri tu adalah guide2 kami. bunyin x ikut, sbb dia adahal katanya, so ni sume org kampung dia. yg sorg terlindung siket tu namanya keme dia renjer hutan utk tmn negara tu. power aa gak, sbb dia baru je 20+. heheh ni sume muka happy2 je. excited la katakan..

nak ke buaya sangkut ni, mmg jauh. trekking memakan masa 4hr pergi sahaja. ye la kan, 5.5km tu... mula2 aku ingatkan jln2 gitu je, so mmg rasa "ok, no prob" je. awal2 perjlnan pun mmg jalan gitu je, daki siket2 tu mcm biasa, tapi berpeluh gak dah time tu.

the only binatang (serangga?) yg kami jumpa on the way: ulat gonggok gergasi

1st stop after 1hr: batu hampar. sini pun ada campsite gak, tapi the only way masuk is by jln trek yg kitorg lalu tu. trek tu dahla mcm tepi lereng2 bukit camtu je, tapi kat batu hampar ni ada jugak anak2 kecik. bagus betul parents2 diorg ni, kecik2 lagi dah ajar masuk hutan.

2nd stop: takah kunyit. time ni mmg dah penat gila aah, sbb right after batu hampar tu dah mula mendaki siket. ni yg mmg kena naik pakai tali ni. dah la tanah ada yg berlumpur lagi, (sbb pagi lagi ni) so mmg seluar baju sume dah kotor aa... time ni pun aku dah x pegang botol air aku, dah kasik adik guide tu simpan dlm beg diorg, heheh. diorg pakai selipar je masuk hutan... cayalah! tapi apapun, aku amat2 berterima kasih dgn kasut getah ku... mmg tahan hujan panas sumelah. rm10 je tu...

tgk, berapa susah mau turun... aku rasa aku yg tgh turun tu, tuh yg diorg sempat berposing tu, heheh

lepas 3rd stop (lupa kat mana), mmg almost sume org dah exhausted. sbb x nak lambat sampai, kitorg split into to groups: yg kat belakang n yg nak gi dulu. masa cikman decide nak split tu, aku ok lagi time tu, so dgn perasan bagusnya aku teruskan perjlnan. sekali depan tu ada bukit yg very the curam, n tinggi. lepas je bukit tu terus aku rasa nak give up. mmg penat gila aaa... dah la sume yg 1st group tu sume ok je lagi. ada yg offer air, ada yg offer coklat, last2 aku jln slow2. org2 yg kat depan pun terpaksa men-slowkan perjlnan sbb x nak tinggalkan aku sorg. sorry peeps, ingatkan tahan. tq gak kpd yg terus memberi harapan n galakan ("dah dekat dah ni", "depan ni dah xde bukit2 dah")... appreciate it!


akhirnya sampai jugak kat buaya sangkut... pastu dlm 15mins camtu, another group lak sampai. melantak la sume org time ni... ada yg bawak burner , periuk, masak maggi kari. pastu makan ramai2... mula2 aku x lalu jugak tgk maggi, tapi disbbkan lapar gila, bantai je la. habis jugak satu mangkuk tepe. pastu mandi, hehe. mmg buncit aa, makan terus mandi. sejukkk gila air. tapi byk gila batu kat dasar, so yg terer2 terjun xleh nak tunjuk macho lagi dah...

after 1++hr, kitorg pun berkemas nak pulang. masa ni pun tersplit dua, sbb kebykan pompuan sume x solat lagi, n dah hujan renyai siket2. masa ni la yg aku rasa mmg mencabar betul, sbb 1) hujan, 2) dah nak gelap. mmg kitorg nak kena cepat, tapi at the same time kena berhati2. aku pun ada sekali tergelincir sbb tanah licin, alhamdulillah xde apa2. balik amik masa 3 1/2 hrs, sampai campsite 7:45pm. tapi time nak maghrib tu mmg serious aku takut sgt nak pikir apa2. ye la kan, org kata x baik fikir bukan2, so aku pun mmg x leh nak pikir apa2 la. byk borak2 dgn guide, n dgn anis. sempat la bergelap dlm hutan jap.

bila sampai2 tu, tgk yg 1st group sume dah mandi sume dah. diorg sampai kul 6:10pm. gilaaa laju, sbb bertolak dr buaya sangkut tu dlm 4:45 gitu. mmg out of my league, heheh. mlm tu kitorg borak2 dgn bunyin (yg mana mlm tu baru ku tau nama dia RELLOP aka LOP bin BUNYIN (bapak dia yg bunyin rupanya...). err tapi mcm dah pjg dah, so part cerita2 tu aku tangguh di lain masa.

ok chiow.

Read more...

taman negara endau rompin (part II)

>> September 13, 2007

jeti di kg peta... nak naik bot ke lubuk pacau (near kuala jasin)
ladies dlm 1st boat... as usual, posing dulu, heheh


perjlnan naik bot tu xde la lama sgt... dlm 30 mins gitu. keliling tu mmg pokok2 je. ngantuk jugak, sbb dah t/hari dah time tu. sampai at the other end, kena jln pulak nak kena campsite kitorg (kuala marong). terasa gak aa, sbb kena pikul backpack sekali kan. mmg berpoluh ha eden. tapi syok gak, sbb dah lama x berpeluh sakan mcm ni. selalu berpeluh bila komuter xde aircond je, heheh.


berehat sebentar di kuala jasin



lepas kuala jasin tu, baru mencabar siket treknya. kena cross sungai yg arus boleh thn deras... our guide ckp diorg ada nak buat jambatan konkrit, tapi x siap lagi. sejuk yg amat... pastu baygon yg sembur kat kaki sume habis dilenyapkan air. heheh time tu cuak gak, kot2 lepas tu nanti masuk hutan / kaw lembap, nanti pacat naik.



~1 hr later, sampaila kami ke kuala marong, our campsite. sampai2 sana, terus sume melepek kat dining table (lucky us, got the campsite with big dining table, n near the toilets as well), sambil minum teh yg disediakan oleh kawan2 bunyin.



ikan kelah n ikan lain yg aku dah lupa nama.... jernih gila air siot. dekat2 dgn our campsite

dah masuk2 beg dlm khemah (tents sume pun dah siap dipasang oleh kawan2 bunyin), apa lagi, mandi la! tasik air biru (refer map dlm earlier entry) tu dlm 5 mins je fr campsite. uuu mmg best aa mandi situ. air dia sejuk, tapi xde aa sampai menggigil. ada part yg dlm, ada part yg cetek, mcm kat swimming pool lak. tapi tulah kan, kalau x reti berenang, apa guna batu2 yg menarik...


mus buat gaya backflip... jelesnya

'kanak-kanak ribena'.... ni kami2 yg x reti berenang. well, chuk (2nd fr left) boleh, tapi saja nak masuk gambar hehe

lepas mandi kat tasik air biru, diorg pakat2 nak mandi kat upeh guling lak. tapi on the way nak gi tu, k aida (my cousin) terpijak batu lumut, so tergelincir. pastu k aida pun dah malas dah nak gi (lagipun dah kul 6 lebih time tu)... aku pun dah malas gak. tapi tgk dr gambar mmg lawa la.. tu cikman tgh nak amik gambar cikani.

mlmnya, supposedly ada nightwalk, tapi sbb sume org nak simpan tenaga utk esok, sume pakat duk borak2 dgn main kad je la. aku tido awal gak mlm tu, baru nak dekat 10 pm dah masuk tido. cuak gak menanti esok harinya, sbb jln nak ke buaya sangkut tu mmg susah siket... 11km pergi balik tu. mmg takut pancit je la.


subuh di kuala marong


pagi esoknya (1 sept), bertolaklah kami ke air terjun buaya sangkut...

Read more...

taman negara endau rompin (part I)

>> September 12, 2007

baru habis tgk gambar dr kamera kawan2. pergh... byk gila gambar. rasa mcm nak bubuh sume jek, heheh. tapi nanti kang lambat lak nak load, nanti dah x berselera nak tgk dah. nak pilih gambar pun susah. so, here goes:

4:30 am: bertolak dr tol bangi
5:00 am: sampai tol seremban, jumpa other ppl yg tunggu kat situ.
6:20 am: sampai tol mana tah, solat subuh kat sana.

tgh on the way to ayer hitam tu, dpt call. one of the cars (saiful's) accident langgar divider. kena tow balik ke kl, so saiful dgn adiknya x dpt join... another passanger in that car, shahimi kena tumpang lori sabun ke nearest tol (yong peng kot x silap), sbb ada keta cikman (aka group leader kami) tunggu nak amik dia. masa tu kitorg dah sampai exit ayer hitam dah, tunggu keta cikman lak. kat situ pun dah ada another car waiting, keta rizal yg dr area damansara. maka, bertolaklah kami beramai2 ke kahang (pekan terdekat dgn endau rompin)... 4 kereta semuanya.

tgh tunggu keta cikman yg amik shahimi, bertenggek kat exit ayer hitam

bila sampai pekan kahang tu, kami berjumpa dgn bunyin our guide.
bunyin (tgh) dan cikman (kanan)... yg kiri tu x ingat nama, tapi kawan bunyin

masa kat kahang ni, yg masih lapar order lontong... ada gak gi kedai beli baygon. baygon ni gunanya utk dispray kat kaki, supaya pacat xleh naik. cara mudah aa, kalau lagi bagus beli stokin pacat. tapi mahal siket aa... sayang xde gambar nak tunjuk. pastu bertolak ke kg peta, entrance endau rompin.

tgk la ni.. udang sebesar tangan... nyum nyum

jln fr kahang ke taman negara (kg peta) tu jauhnya 50km... of TANAH MERAH!! mmg gila aah time tu, asyik terhentak2 je. mmg mcm naik gajah aa jugak. how long did it take? 2 freakin' hours! 2 jam berhentak2an, mmg tension aa time tu. err tapi sempat jugak tertido, heheh. later on kami ada tanya bunyin, kenapa x turap sedangkan ini tourist attraction, dia ckp sbb nak limitkan org yg masuk tmn negara ni, sbb nanti byk sampah + susah nak jaga.

berehat sebentar.. dr kiri k imah, mus, me, k aida


at last! sampai sudah... mmg rasa lega la bila nampak signboard ni. padahal baru mukadimah je tu, heheh.


anak2 org asli


sampai kat tourist area, ada ramai org2 asli kat situ. diorg siap ada kedai, utk sapa2 yg nak beli jajan, air tin, etc.. mahal siket la, sbb jauh kan nak bawak masuk. kat situ ada lunch, so makan sambil berkenal2an sume. (makan pun termasuk dlm fee rm230 tu). keta sume akan ditinggalkan kat situ, so kena backpacking to campsite, kuala marong. lepas sume pakai sunblock, sembur baygon, bersiaplah kami utk ke jeti utk naik bot ke kuala jasin...

map of taman negara endau rompin.. entrance kanan sekali

group kami. dr kiri duduk: akhdiad, cikman, mus, anis, cik ani. dr kiri berdiri: ena, shahimi, nazir, rizal, me, redza, k imah, k aida, alin, chuk. yg xde: camerawoman (kat)

to be continued...

Read more...

a different view

>> September 07, 2007

::It's not foresight or hindsight we need. We need sight, plain and simple. We need to see what is right in front of us.::

segar siot mata... now i'm sure nothing's wrong with my eyesight (apart fr the not-20-20 vision of course).

for the last 1++ yrs, i've been using the same pc monitor in my office. whenever i stared at it too much, i'd get headache (selalunya kat atas kawasan kening), and there's this one time i even got conjunctivitis (doc said it was due to virus n a lot of reading fr the monitor). hehe, even thought that i'm not suitable for this kind of job. my solution? bear with it, sooner i'll get used to it.

last month, ada IT guy dtg nak bubuh sth kat dlm pc aku (or sth like it... not IT-savvy). dia ckp yg sume icon kat monitor ni sume ada shadow / double image (again, not IT-savvy person speaking). bila aku perhati betul2, rupa2nya mmg selama ni ada bayang2 to every pixel. padan aa pening (yess dah jumpa alasan)! pastuh dia ckp akan betulkan nanti.

akhirnya, baru tadi mamat tu dtg tukar monitor baru (err baru in the sense baru utk aku.. still the same old bagak punya monitor). restart sume, n voila! penglihatan seakan baru! baru la aku nampak betapa jelas n nyatanya sume benda kat monitor ni. rasa sume kaler mcm terang je. sampai sakit mata aku nak make sure yg bayang2 tuh sume dah xde. yeay! erk even at the moment i'm trying to be really sure that everything is ok. mcm ada... eh x kot.

moral of the story: no point focusing on the future, if you can't concentrate on what's in front of you at the moment.

hahaha sekian karutanku utk hari ni.

ok chiow.

Read more...

sneak preview... and more

>> September 05, 2007

::hati suka, badan mau; pecah kepala.. simpai!::


heheh... alhamdulillah, selamat aku kembali dr camping di taman negara endau rompin. tapi since xkan seronok kalau cerita tanpa gambar, aku kena tunggu gambar2 dr org lain dulu baru boleh cerita. next week the earliest. penat siut.... dah lama (ke x pernah?) dah x penat mcm ni. so bila makan pun rasa puas hati, walaupun tasteless, heheh. so, sneak peek:



ni view fr my tent. aku kongsi dgn cousin aku (k aida) n her friend (k imah). nanti aa wa cerita... ok moving on.

yg ni pulak anak buah aku! in case korg lupa la, namanya NAZREEN SYAQIR BIN SAIFUL RIZAL. next sunday masuk 5 bulan... kejap je. gambar ni amik masa dia 4 bln lebih. sekarang ni suka menyembur org je. pastu dia suka tgk aku makan. kalau tgh nangis ke, nampak aku bawak pinggan terus senyap, pastuh tgk je aku. heheh sbb aku kunyah mcm ribut kot (erk ada ke bidalan mcm ni?). sampai sekarang kami x tau dia byk ikut muka sapa (maybe sbb ibunya org kelantan, yg sedara belah2 kami ni jarang tgk, n ntah2 muka si nazreen ni byk muka sedara dia belah sana... teori2).

yeaa perkenalkan org baru lagi... LEO (aka leopold aka leo diCap aka leonardo da vinci). haritu bday adik aku yg bongsu dia ckp kat mak aku dia nak kucing baru, pengganti miguel la konon2nya. mula2 mak aku xmau la, leceh nak jaga nazreen lagi, nak jaga kucing lagi. sekali 2 weeks ago bapak aku bawak balik kucing ni. mula2 keluar dr kotak mmg cuteee gila nak mampus la kitorg tgk. persian + siamese, so berbulu lebat tapi x bermuka penyek... nice! mula2 tu dia ngiau slow je, sekarang ni asal nampak org je ngiau. pdhal baru lepas makan tu. pastu mmg pantang tgk mak aku laa... follow je ke mana jua. mak aku pegang nazreen dia sibuk nak gesel; mak aku baca paper dia sibuk nak duduk atas paper; mak aku ke bilik air dia ngiau2 depan bilik air. umur pun lebih kurang dgn nazreen... 4 bln dah sekarang. tapi leceh aa jugak bulu putih ni, kalau kotor nampak sgt. so every week kena mandikan, which is not my job. aku? as usual, jadi financial manager / sugar mommy. bekalan dia sume aku laa yg kena beli. xpe aa, janji x mati awal, heheh.

ok chiow.

Read more...

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP