miguel
>> May 28, 2007
::Cats are intended to teach us that not everything in nature has a function.::
saya ada seekor kucing. nama kucing saya miguel. miguel berusia lebih kurang setahun tiga bulan. sebenarnya, miguel bukan kucing saya, tetapi kucing adik saya yang diberi oleh kawannya.
pada mulanya, miguel merupakan kucing yang sangat baik. miguel tidak membuang air kecil mahupun besar merata-rata. namun itu semua berubah apabila umurnya mencecah satu tahun. miguel mula membuang air di mana-mana sahaja jika tempat pembuangannya tidak dibersihkan apabila sudah penuh. apa yang membimbangkan, kadang-kadang kami hanya boleh menghidu bau najisnya tetapi tidak kelihatan najis tersebut.
apa yang menjengkelkan saya juga adalah perangai miguel yang suka keluar bergaul dengan kucing-kucing jalanan yang lain, dan sering pulang ke rumah dalam keadaan berdarah-darah. adik saya selalu diberi tugasan untuk mencuci luka-lukanya, tidak lupa juga untuk memberinya ubat apabila keadaan sudah kritikal. saya pula diberi tugasan sebagai penyumbang wang untuk segala urusan perubatannya, yang mana boleh mencecah ratusan ringgit.
2 minggu yang lalu, kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru. miguel juga dibawa bersama. di kawasan rumah baru kami itu, telah terdapat seekor kucing hitam yang kelihatan sungguh garang. miguel juga sangat takut akan kucing tersebut, sehinggakan ia tidak pernah keluar dari rumah jika tiada antara kami yang berada di luar juga. situasi ini menggembirakan kami sekeluarga, kerana miguel tidak lagi mempunyai luka baru di badannya, dan bulunya juga lebih bersih disebabkan kurang bergelumang dengan kekotoran di luar.
semalam, saudara-mara saya datang berkunjung ke rumah kami. disebabkan terdapat banyak adik-adik baru yang comel-comel, miguel seolah-olah dipinggirkan. kami tidak tahu di mana miguel berada. sehinggalah tiba waktu tidur, baru saya terlihat kelibat miguel yang sedang meringkuk di bawah tangga yang diletakkan di sudut ruang tamu tingkat atas. kesian miguel.
walau apapun keadaan miguel, kami sekeluarga tetap menyayanginya, semoga miguel sentiasa sihat dan bersih.
ok chiow.
2 comments:
tet.. esei ko anti-climax ah...
haha ye ke... dah kucennya x mati lagi, nak buat mcm mana heheheh
Post a Comment