miguel

>> May 28, 2007

::Cats are intended to teach us that not everything in nature has a function.::



saya ada seekor kucing. nama kucing saya miguel. miguel berusia lebih kurang setahun tiga bulan. sebenarnya, miguel bukan kucing saya, tetapi kucing adik saya yang diberi oleh kawannya.

pada mulanya, miguel merupakan kucing yang sangat baik. miguel tidak membuang air kecil mahupun besar merata-rata. namun itu semua berubah apabila umurnya mencecah satu tahun. miguel mula membuang air di mana-mana sahaja jika tempat pembuangannya tidak dibersihkan apabila sudah penuh. apa yang membimbangkan, kadang-kadang kami hanya boleh menghidu bau najisnya tetapi tidak kelihatan najis tersebut.

apa yang menjengkelkan saya juga adalah perangai miguel yang suka keluar bergaul dengan kucing-kucing jalanan yang lain, dan sering pulang ke rumah dalam keadaan berdarah-darah. adik saya selalu diberi tugasan untuk mencuci luka-lukanya, tidak lupa juga untuk memberinya ubat apabila keadaan sudah kritikal. saya pula diberi tugasan sebagai penyumbang wang untuk segala urusan perubatannya, yang mana boleh mencecah ratusan ringgit.

2 minggu yang lalu, kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru. miguel juga dibawa bersama. di kawasan rumah baru kami itu, telah terdapat seekor kucing hitam yang kelihatan sungguh garang. miguel juga sangat takut akan kucing tersebut, sehinggakan ia tidak pernah keluar dari rumah jika tiada antara kami yang berada di luar juga. situasi ini menggembirakan kami sekeluarga, kerana miguel tidak lagi mempunyai luka baru di badannya, dan bulunya juga lebih bersih disebabkan kurang bergelumang dengan kekotoran di luar.

semalam, saudara-mara saya datang berkunjung ke rumah kami. disebabkan terdapat banyak adik-adik baru yang comel-comel, miguel seolah-olah dipinggirkan. kami tidak tahu di mana miguel berada. sehinggalah tiba waktu tidur, baru saya terlihat kelibat miguel yang sedang meringkuk di bawah tangga yang diletakkan di sudut ruang tamu tingkat atas. kesian miguel.

walau apapun keadaan miguel, kami sekeluarga tetap menyayanginya, semoga miguel sentiasa sihat dan bersih.

ok chiow.

Read more...

time to spare

>> May 25, 2007

::Don't simply retire from something; have something to retire to.::

hari ni last day mak aku as a teacher. waa mcm mana la rasa ek. after 29 years of teaching, my mom decided she had enough, although she's not yet 51. tapi masa mula2 announce naik gaji mak aku mcm, "alaaa rugi la pulak pencen awal ni" walaupun ada jugak kedengaran, "tapi xpe, kalau gaji byk pun tapi hati x ikhlas mengajar x guna jugak...". tapi bila next day dpt tau pencen pun dpt kenaikan sama byk, senyum n senang ati je memanjang.

heheh teringat pasal discussion kitorg time lunch semlm (uuu jgn memain, kitorg bukan suka bergosip je tau). betapa mencabarnya kerja guru ni sampai gaji pun jauh lebih tinggi compared to other profession (campur elaun sume la). pemilihan punya la strict nak pilih guru sekarang ni. ada org yg aku kenal 2-3 kali amik mtest tu x lepas2 lagi.

kdg2 terpikir jugak, apsal org nak sgt jadi cikgu? mmg aa benefits byk, tapi boleh ke tahan kalau hati x ke situ? i mean, kalau kita x ikhlas mengajar, apa akan jadi pd ilmu yg kita sampaikan tu? apa pulak kesannya kpd murid2? gaji yg kita dpt tu nanti, kira halal / berkat ke?

tapi tulah kan, belum cuba belum tau. mana tau kan, kot2 kita ni mmg ada flair in teaching / educating. org pernah ckp, kalau kita berjaya sampaikan apa yg kita belajar, maknanya kita betul2 faham tentang benda tu. heheh tapi tah, aku rasa aku paham je apa yg aku belajar / tau, tapi bila nak ajar kat org lain mcm susah lak. so, tabik spring aa sama cikgu2 sekalian!

heheh to all mtest takers this saturday, all the best! hitamkan scantron tu betul2 (make sure jgn keluar lubang). kalau dpt jadi cikgu nanti, jgn lupa beli baju kurung byk2, nanti budak2 komplen kalau asyik pakai baju sama je (hehehe mcm la x biasa...). pastu make sure sentiasa lawa, nanti anak murid sayang kat korg (haha ni mak aku la yg ckp, sbb budak2 suka kat dia sbb dia lawa).

ok chiow.

Read more...

tribute to JaH

>> May 22, 2007

::Don't be dismayed at good-byes. A farewell is necessary before you can meet again. And meeting again, after moments or lifetimes, is certain for those who are friends.::


today is jah's last day here in my office... so jah, hope you're reading this, heheh.. su, trendsetter siot!


err.. tiba2 blank.


rasanya dr awal lagi dah rasa jah xkan stay kat sini lama... tapi when the day actually comes, rasa mcm x percaya.


mula2 nampak jah ni mcm serious je... lama2 rupa2nya jenis yg blur n x control2 jugak ye.


(haha mesti dah nampak apa yg kita cuba buat ni... hehe)


walaupun kita berdua x pernahnya duduk dekat2... tapi jah selalu jugak dtg ke tpt kita, pastu kita pulak yg selalu gi melawat.


baru ingat nak mesra2, gi bandung sama2.... last2 x dpt jugak, nak buat mcm mana.


apa2 pun, stay the 'poyo' n 'kontrol cun' you... 'coz it's hard to find somebody else who laughs like you!




p/s: jah, have fun at ericsson! gonna miss you lah.




Read more...

mak ngah

>> May 18, 2007

::There is nothing like a newborn baby to renew your spirit - and to buttress your resolve to make the world a better place.::


anak buah aku dah sebulan! well, dah nak masuk 7 minggu dah actually. dah jadi mak ngah dah... terasa laa tua siket2. masa lahir harituh 3.44kg, tapi lepas2 tu kena demam kuning sume, dah turun dah. 3.3 ke 3.2kg dah kot. tapi still berat aa jugak masa pegang. kaki tangan sume panjang... ada harapan nak jadi tinggi ni nanti.

nama? NAZREEN SYAQIR BIN SAIFUL RIZAL. nama tu cousin aku yg pilih. kitorg sume panggil nazreen, tapi akak ipar aku nak panggil ayin. teringat kat yin yg hilang kat sogo tu.

i'm on a journey of self-discovery. lately i just realized that i'm in a serious need of a makeover (bukan dr segi fizikal la, tu dr dulu berazam nak ubah, tapi x pernahnya jadik, heheh). aku selalu rasa personaliti aku dah menarik dah, tapi bila time2 yg memerlukan aku menunjukkan diri aku, x pulak terkeluar. tapi dgn kawan2 ok je. cthnya time berckp dgn superior, aku rasa aku ada sedikit kurang ajar kot. tah, sbb nervous ke apa tah. mcm time aku ckp tu aku rasa ok je, tapi bila aku recall apa yg aku ckp, aku sendiri akan rasa yg cara aku ckp tu mcm kurang ajar. mcm kalau aku ckp dgn org mcm aku, aku pun rasa kureng siket.

mcm kalau ckp dgn puan, dulu aku rasa kalau before every comma or period mesti ada "puan" tu mcm pelik je, sekarang aku rasa that's the best way to speak when you're talking to your boss. haritu aku tgk sendiri seorg pegawai 48 ckp dgn another pegawai 48 dgn cara yg sama. baru aa terasa siket2 yg kurangnya pengetahuan / tatasusilaku. padan aa gi interview mana2 x dpt (hahaha salahkan tu lak.)

anyway, betul la apa org ckp, sometimes it's not important what you say, it's how you say it that counts. in other words, PR ko ok, sume akan ok. ye ke?

so, azam (heheh my typing skill is deteriorating, just now i typed "azman") aku di pertengahan tahun ini adalah meningkatkan peradaban n tatasusila, n maintain good pr with everybody. err mcm hipokrit ke? hopefully x.

ok chiow.

Read more...

opening

::na na nanana, kita tak perlu gusar::

hehehe.... tabley tahan aa... old habits die hard.
tapi aku x pandai aa nak cantik2 blog ni.. nanti2 ah bila keadaan mengizinkan.
anyway ok aa kot. for a start.
trying to get in the groove.
heheh malu lak siket2, hahaha

ok chiow.

Read more...
Powered By Blogger

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP