my trip to bandung-puncak-jakarta (part 3)

>> June 27, 2007

bertemu kembali!

selepas berjaya melarikan diri dr peniaga asungan sume2 tu, kitorg pun ke bandar bandung balik, utk makan tengahari. makan nasi padang ala sunda kat restoran simpang raya. tah aa, aku pun x tau apa bezanya dgn nasi campur kat msia, sbb sume lauk ada. ada org kata nasi dia lain siket, tapi aku rasa ok je. kurang kanji agaknya, tapi kira ok la utk tekak aku. tapi yg x syoknya, ke mana2 kitorg pergi, mesti end up makan kat restoran simpang raya. sampai kat jakarta pun nanti makan kat simpang raya je... haa kalau tu mmg aku muak aa. lauk-pauk pun sume lebih kurang je. agaknya pak eri ni ada affiliate dgn simpang raya's owner kot, heheh... tapi bedal aje la.
.
t/hari kitorg pergi pasar baru, tpt jualan yg besar di bandung. aku rasa ada more than 4 floors of goods there. mmg pack gila, mmg ramai org gila. pak eri pun dah bilang, ini kawasan pencopet profesional. dia kata boleh sampai tahap diorg slit je sling bag, bg keluarkan wallet. sume org pun bila sampai situ sume pakat peluk beg kat depan. sebut je nak apa, sume ada. handbag, telekung, alas meja, tudung saji, kain, etc.. sayangnya kitorg kat situ 1 jam setengah je. itu pun dah habis byk waktu carikan baju yg kawan aku pesan. sempat gak aa beli baju blouse utk adik + mak aku. murah aa gak.. nyesal x beli utk diri sendiri je.
.
lepas tu ptgnya kitorg pergi cibaduyut, tpt yg terkenal dgn barang2 kulit. as usual, tpt ni mmg pusat jualan utk indonesia-made, leather-made stuff. sandal? kasut? beg? jaket? sume ada. heheh err tapi aku kurang pasti ttg kualitinya, sbb yg elok kualiti = mahal, so better beli yg betul2 branded. org pun kenal (yeaa snobbish appeal is a must-have), heheh. tapi aku beli jugak 2 psg selipar kulit, rm20 sepasang. boley thn gak aa, tapi kena beli yg saiz lelaki punya. pompuan indon ni sume kecik2 ke ha?
ni mmg pemandangan biasa kat bandung. satu lane jln dah diamik penjual2. tu x termasuk yg kawasan bandar lagi, siap ada penari budak2 lagi kat tepi jln. kesian aa dekat diorg ni. tu agaknya diorg rasa heaven gila duk msia. kerja berpanas pun no hal, sbb kat indon lagi dah biasa. tapi tulah, ada je yg buat onar. kat bangi tuh pun dah byk rompakan dah, reportedly done by indonesians. cousin aku pun pernah kena tetak by sorg indonesian. nasib baik x parah.
ni rate tol kat sana. highway diorg 2 lane je (mcm kat sarawak), sbb x byk keta sgt pun. tapi yg nyatanya, tol mmg byk aa... kdg2 tu xde exit apa2 pun, dah ada 2 tol. utk rate diorg, byk jugak tu.. tapi dlm RM, beza tpt terjauh dgn tpt terdekat = 7500 - 2500 = 5000 * 4 sen = RM2 je. in case korg tertanya2 gak, apsal byk sgt tpt kat bandung bermula dgn Ci, sbb Ci tu bermaksud sungai (lupa la dlm bahasa apa). kat bandung lak byk sungai2 kecil yg bercabang2, tu yg byk tpt nama Ci- tu.
yg gambar ni dah esok paginya. kitorg bermlm kat Suriya Indah Hotel di Puncak (yup, it's the name of the town). boleh thn sejuk gak aaa, 1400m above sea level. haa kalau focus betul2, aku pakai selipar kulit cibaduyut tu heheh... comfy gak aa utk org yg berkakilebar. x cun aa pakai sneakers dgn blouse pompuan... tgn kiri aku tu tgh pegang bekal sandwich akak linda mat darus buatkan, sbb aku xleh gi makan bfast sbb terpaksa tunggu org iron tudung dgn blouse aku. lama gila nak mampus gi iron, padahal tudung ada gak kesan kotak2 lipatan tu. pesanan: gi indon bawak iron sendiri (n bawak adapter jugak). satu perkara yg merunsingkan jika tudung x bergosok wa ckp lu... btw ni depan bilik tpt kitorg duduk tu. ok la, cukup segala, sempit siket je.

sampai jugak kat puncak... rasanya highest peak kat situ kot. mmg sejuk aa, tambah pulak pagi2 pergi kan. rasa mcm kat suhu kat genting + tanaman kat cameron (sbb cameron x sejuk dah). besssst! yg x bestnya as usual, banyak banget peniaga asungan di situ. aku pun beli gelang ala2 magnet utk adik aku. as usual gak, bila aku dah beli baru ada org offer gelang lagi murah. siut jek. kat puncak ni tanaman tpt tinggi sume ada aa. pak eri kata lagi, kdg2 ada org request nak gi ladang strawberry. kami bilang: di msia juga ada pak!

lepas tu kitorg gi taman safari indonesia. konsep mcm safari melaka aa; binatang yg bebas, kitorg yg terkurung dlm bas. syok je tgk rusa selamba mengetuk tingkap keta nak karet. tapi ye la, since cuaca pun lebih kurang sama dgn kat msia, binatang2 nya pun yg biasa tgk le. tapi yg 1st time tgk: llama (kalau tgk emperor's new groove mesti tau punya), dgn harimau putih ni. macho animal i tell you... ala2 kereks pun ada gak. tido je keja.

tgk je la sendiri. hehehe

lepas lunch sume, kitorg bertolak ke jakarta pulak... roughly 2 hrs fr pasar baru tu. yg gambar kat atas ni kat mangga dua, shopping mall yg boleh thn besar kat jakarta. tgk la tu kasut.... beribu2 lemon. ni pun mcm pasar baru, tapi 4x ganda lebih besar. mangga dua actually consists of a few malls, among them is ITC mangga dua, WTC mangga dua, pasar pagi, etc.. kitorg sempat pergi ITC dgn pasar pagi je, sbb kedua2 tu bersambung. WTC tu mcm international brand punya tpt, tapi sbb jauh x dapek le nak pergi. aku pun x sure apa yg membezakan pasar pagi dgn itc tu, tapi x amik pot sgt pun, heheh. kat sini aku boleh thn shopping gak aa, sbb i) dah confirm xkan gi outlet lagi dah lepas ni, n ii) satu souvenir pun x beli lagi, n dah last day dah pun.alas meja yg ala2 kain kasa tu ada byk yg boleh dpt dlm RM25 je (nyesal x beli byk... mak aku suka, masuk dgn tema rumah katanya), t-shirt2 putih boleh dpt 3 for 65,000 rupiah / rm26 je (tapi susah tul nak cari tshirt jakarta / indon, byk tshirt truly asia dgn thailand jek).

.

err byk la pullok gambarnya. this calls for another entry wohooo! yg ni pun dah byk edited, sbb ada yg aku dah lupa dah siket2. tulah, amik masa lagi.

.

ok chiow.

Read more...

thing in my pocket (cont.)

>> June 22, 2007

::There's no praise to beat the sort you can put in your pocket.::

last time i put the title, i was just quoting the nokia n95 tagline. little did i know that it has connections to the topic i discussed: BISUL! (btw kalau ada rasa cepat geli or cepat imagine benda2 ni, better jgn baca aa... but don't worry, no pictures there)

after a few days of tiring bandage-changing and living with agony, n also with my colleagues' convincing persuasion (kalau korg x suruh xde la kita gi heheh), aku pun gi la klinik panel. nasib baik ada doktor pompuan. lepas dia tgk je, terus dia ckp dgn nurse dia "bg IND", pastuh suruh aku meniarap atas katil. bila dah meniarap tu, dia ckp dia nak bius sekeliling bisul tu, and maybe akan rasa sedikit sakit. sakit aa jugak, sbb lebih kurang 4 kali dia cucuk keliling bisul tu, n mmg terasa aa jarum tuh masuk ke kulit. terjerit kecil gak aku time tu... scary.

1st time bius tu, dia tanya kebas ke x. time tu mmg rasa mcm kebas2 kat area tu, so aku jawab la ye. tapi lepas tu dah x terasa kebas, so 2 kali dia tanya aku jawab x. 3rd time, "kebas ke x?" "xde pun doktor." "laaa... saya dah cucuk dah ni." haha malu lak. tapi pikir balik, mcm mana aku nak tau kebas ke x kalau xleh rasa apa2? so mmg soalan tu payah nak dijawab la.

then lepas tu aku terasa aa jugak mcm ada bendasing dlm badan, tapi dah x sakit dah. mcm tgh korek ke apetah. at some time aku tanya doktor, "dlm / besar ke bisulnya doktor?" pastuh dia tunjuk gunting kecik yg selalu ada kat farmasi tu (aku x sure la kalau dia mmg guna gunting tu utk mengorek bisul aku tu, tapi aku rasa mmg ye), dalamnya bisul aku tu lebih pjg dr pjg titik fulkrum gunting (alah tpt bercantum bilah gunting) ke hujung gunting... nak dekat seinci kot. waaaa seram gila aaah. padan aa bapak aku picit x keluar2... kalau aku suh jugak bapak aku buat, mesti lobang besau punya la belakang badan aku nanti.

pastuh lepas tu, doktor tu duk godek2 bisul aku lagi. aku tanya la, "buat apa tu doktor?" (hehe su ke wati kata aku tanya mcm aku terserempak doktor tu nak gi pasar). pastuh dia jawab, "nak fill in the pocket with gauze." waaa nak tergelak pun ada time tu. baru aku tau lubang bisul tu dipanggil pocket, heheh. oo ada gak 2 kali doc mintak fr nurse hidrogen peroxide. time tu la baru nak recall chem 101, kelas kimia pn hawa, etc. as usual, xdenye aku ingat kalau bukan time exam. utk bunuh bakteria rupanya... tapi aku still rasa ada kegunaan lain.

anyway, lepas bubuh bandage sume, dia kasi satu jab kat my cheek (my other cheek). ok je mula2, tapi bila mlm tadi baru rasa sakit + bengkak siket. ikut kata k s**d, normal la lepas kena cucuk kat situ, n 2-3 hari jugak baru ok. ala jln senget la aku lepas ni... dah la mlm2 kena tido senget. nasib badan....

apa2 pun, beryukur gak aa sudah jumpa doktor ni. kalau x mesti lagi lama aku biar je. konon antibodi kuat la, heheh. n bila baca kat internet pun, boleh thn bahaya gak bisul ni ek. ingatkan kalau setakat suruh org picitkan je dah ok dah. ni sampai boleh brain damage sume.... syukur setakat ni xde apa2 lagi.

ok. nak makan ubat. doakan aku sembuh ye kawan2...

ok chiow.

Read more...

my trip to bandung-puncak-jakarta (part 2)

>> June 20, 2007


haa yg ni our tour guide, berasal dari sumatera. kitorg panggil dia bapak eri. byk tul ceritanya, mmg best aa. pastuh masa yg kitorg tunggu bas lama kat airport tu, sampai hari nak balik pun dia still minta maaf pasal benda tu. bagus banget!


dr airport tu, terus ke bandung. 1st destination? Cihampelas, tpt jual jeans yg terkenal di bandung. sumenya mmg made in indonesia, not so bad... but i thought it sells branded jeans, e.g esprit, guess, gap, etc. tade pun, x tau la kalau mmg aku x pandai cari. tapi murah2 aa, jeans dlm 50,000 rupiah (rm20) gitu.


ni aku kat depan cihampelas walk, shopping mall kat cihampelas. yg mall ni brg2 mmg harga standard harga kat msia aa, kalau murah pun by rm2-3 je.

lepas cihampelas, kitorg check-in kat sukajadi hotel. utk dinner lak, kitorg makan kat restoran yg betul2 opposite the hotel, tapi lupa la nama. mmg org kata famous for its nasi padang. uu tapi mmg best aa, ada udang, sotong, ikan bawal, cuma kurang sayur je. tambah pulak dgn sambal ikan bilis yg kathy bawak dr msia, fuhhhh sedaappp... worth a try.

esoknya kitorg ke tangkuban perahu (perahu terbalik in malay). pak eri pun cite pasal legenda di balik nama tangkuban perahu ni.... (err kalau silap tatau aa) kisah tentang anak dan ibu yg telah lama terpisah, pastuh bila anaknya diangkat menjadi raja, dia terpikat dgn ibunya sendiri (mak dia ni ada sihir xkan tua), so dah nak kawin sume. yg si ibu ni x tau mcm mana nak reject, so dia suruh anak dia buat satu perahu besar dr senja sampai subuh je. masa lepas tgh mlm tu, si ibu buat sihir suh binatang2 sume pakat bakar kayu byk2, sampai terang-benderang, nampak mcm matahari nak terbit. so si ibu pun kata dia tolak pinangan anak aka raja tu, sbb x penuhi syarat dia... si anak bengang, terbalikkan perahu tu. jadik la tangkuban perahu. tangkuban perahu is actually kawah gunung berapi yg masih aktif. last meletus 1989 ke 1999. mmg bau sulfur je kat situ. tapi sejuk, sbb beberapa rauts meter atas permukaan laut.

yg ni adalah mereka2 yg boleh thn aa mengganggu ketenteraman awam kat situ. mereka2 digelar "peniaga asungan", sbb diorg usung brg yg diniagakan ke mana2. mentang2 kitorg pelancong, sua kat kitorg je. xde la murah mana pun. tapi mmg quite annoying aa, tgh amik gambar pun boleh nak suh beli barang diorg. ada aa yg marah2 dah dgn asungan ni, tapi (as usual) pak eri bilang, mereka ini sudah kehilangan pendapatan mereka sewaktu recession dulu. jadi utk menampung sara hidup mereka, ini sahaja yg mampu dilakukan. ada je yg succumb to their temptation, but if you're patient enough, you might get a very good bargain. masa tgh tunggu driver dlm bas, diorg ni siap masuk bas sume, duk jerit offer barang diorg. ada sorg ni mula2 offer 5 rantai kristal 100,000 rupiah (rm40), lama xde org respon, jadik 6 rantai. pastuh 7... 8... 9... dia ckp 10 je baru aku gi kat dia. 10 rantai kristal rm40, murah aa tuh, heheh.... tapi lepas tu sume yg jual rantai sume duk offer kat aku. as if i wanna buy more, hehe.

until next time... ok chiow.

Read more...

my trip to bandung-puncak-jakarta (part 1)

>> June 19, 2007

::Halo-halo Bandung, Ibukota periangan

Halo-halo Bandung, Kota kenang-kenangan::

as promised, the Bandung trip!

flight yg ni special siket, sbb sume krew are indonesians, dgn kapal terbangnya sekali indonesia-nized. so biasa la, jakun kan, kitorg mmg cepat tergelak aa bila baca arahan2 dlm kapal terbang tu. yg x tahan tu seat belt = sabuk pengaman. hehe mula2 baca tu mmg gelak aa, tapi lama2 tu biasa jek.

perjlnan dua jam je, n since bertolak pun kira boleh thn pagi jugak, bantai tido je 3 1/4 perjln. lagi 1/4 jam tu, komplen pasal air dlm flight mahal, n xleh bawak air botol masuk kapal terbang. ee ni baru 2 jam. kalau yg 3-4 jam tu, kalau x nak kering tekak kena la beli air. air mineral botol biasa tu je dah rm5.


bila sampai soekarno-hatta airport di jakarta, mmg berasa bangga dgn klia kita. SHA ni airport lama, so mmg ala2 stesen bas yg besar. tapi quite besar aa gak, pastuh kedai makan kat airportnya pun banyak.


haa nilah myipo staff yg turut serta dlm trip ini. antaranya: our hr director, PRO, etc.. ada gak antaranya yg mmg suami isteri (3 pasang sumenya...). ok aa, kalau xde trip ni xde la aku kenal diorg ni. masa ni kitorg tgh tunggu bas kitorg. patutnya dtg bila kitorg sampai, sekali bila dah kul 1 tu pun x sampai2 lagi. last2 kitorg lunch kat airport je. masa tu dah rasa sangsi dah siket2, heheh...


punya la lama tunggu bas sampai, bila naik2 tu terus tertido. cuba cari di mana saya, hehehe.. x sure tgh tido ke tgh belek itinerary tu, tunduk jek. masa ni dlm perjlnan from jakarta to bandung. amik masa dlm 2 1/2 hrs patutnya, tapi sbb hujan lebat jugak, so jadi 3 jam. stop for zuhur + asar kat R&R (rasanya kat sana panggil lain, tapi lupa la), masjid mmg besar + lawa aa. mengikut pak eri (our tour guide), majoriti penduduk jakarta are muslims, so mmg senang aa nak beribadah sume.

aaa penat aa upload gambar. dah la internet slow semcm jek. nanti aa sambung.
ok chiow.

Read more...

thing in my pocket

>> June 15, 2007

::hey now now, we're goin down down..::

hehehe... ingatkan nak update bila dah balik fr bandung, tapi asyik lupa nak bawak kamera je, mcm pelik la pulok cite pasal bandung without the pics. nanti bila dah bawak dah. not that interesting, the pics. susah aa gi sorg2 ni. pemalu lak tuh. hehe.

anyway, just now our office's filing system is up and fully functional again, after 3 weeks of hiatus. bolehlah mengosongkan meja /almari aku ni siket. walaupun aku still buat file (almost) everyday, bila x keluar2 file tu rasa mcm x syok lak. mcm x buat kerja. selamat satu perkara... although that means i have to examine files a bit faster this month, since it's mid-june already.

one of the reasons i didn't enjoy much the bandung trip was: BISUL!! i have (yea, still got it) this palm-sized bisul near my ketiak (belah belakang), yg sampai hari ni still x habis2. sakit gila duhhh. heheh lawak aa gak, mula2 dulu time baru bengkak kecik aku dah ingat ketumbuhan ke, kanser ke (ye la, dekat dgn ketiak kan), tapi x nak gi jumpa doktor (sbb takut nanti x lepas nak ke bandung... rugi nanti). sekali 3rd day tu, bangun2 je tgk dah ada mata kat bengkak tu. rasa nak mencarut je time tu. dah la sebelum2 tu pun mmg sakit je belakang. n time tu la jugak sume nak tegur aku sume pakat cuit kat bisul tu. siut jek.

anyway bila dah balik msia, terpaksa mc + el sbb bisul tu. dah la bila jumpa doktor, bg ubat tahan sakit + surut bengkak + antibiotik je. bila aku tanya pasal mata bisul tu (org ckp bisul kena keluarkan mata / punat dia utk kasi hilang terus), dia kata "xpe, tade apa2." tapi asyik mengalir je bendalir. tensyen aa, lepas mandi kena mintak tlg mak / adik aku tampalkan plaster.

akhirnya sabtu lepas aku mintak tlg bapak aku picitkan. tapi sakitnya ya Allah, x tau mcm mana nak ckp. mmg meraung tanpa rasa malu la. dah la last2 xleh nak keluar pun matanya. sampai bapak aku ckp, "gi klinik suruh doktor operate keluar mata tu." x nak aku jumpa doktor tu lagi. pastuh semlm aku nekad, suh jugak bapak aku picit. tapi last2 x keluar gak.... keluar siket je. so, terpaksalah aku still berplaster gi pejabat.

sekarang ni, belakang aku still sakit, n asyik risau je kot2 kapas x mampu menampung bendalir tu, dan akan membasahi bajuku. argh tension! apsal laa aku x kena bisul time kecik2, so that sekarang ni aku x perlu kena bisul lagi?

adik aku ada amik gambar bisul yg very the gory, tapi aku rasa kalau sapa2 tgk mesti x lalu makannya lah. sicko sister, amik gambar bisul. haha tapi mcm kenangan pun ada gak. very ewww.

ok chiow.

Read more...

here I come

>> June 07, 2007

::Vacation used to be a luxury, however, in today's world, it has become a necessity.::

waaaaa dah xleh nak buat kerja dah. tgh excited gila ni. esok sampai isnin nanti aku join trip ke bandung - puncak - jakarta dgn beberapa lagi staff. waaaa excitednyeh!!

just now got the itinerary (sepatutnya dah lama dah dpt, tapi harituh ada training n asyik ada perubahan jek). shopping jek memanjang kat sana. tah la, aku bukan jenis suka sgt bershopping ni, tapi kalau ada peluang, ok je. wahahaha dlm otak tgh pikir nak beli apa. cukup ke duit nanti ek?

dah lama dah x gi trip2 mcm ni nih. yg kat genting tu lain aa, sbb 2 hari jek, n mmg gi semata2 nak main kat theme park tu. ni yg mmg mcm ala2 backpacking aa sume (tapi ada org pesan kat aku bawak beg besar, kot2 kalau beli barang byk xde aa kena charge ke apa)... alamak baru perasan everyday akan duk hotel lain. alaaa mcm mana nak bawak beg besar ni?

anyway, tgh surfing the net ni googling the places we'll go, rasa excited lak baca. maybe x betul pun (biasa aa, sapa x nak promote tpt sendiri), tapi still mcm x sabar gak aa. maybe lagi best kalau sendiri yg plan nak gi mana sume, like old times.... kalau dulu nak go road trip, sendiri yg plan sume nak gi mana (selalunya org lain yg plan, aku tukang carik info jek heheh). mmg rasa mcm adventurous betul aa, pastuh mmg terasa mcm hidup di perantauan. kitorg pernah tido dlm keta je sbb nak jimat duit. gila aah. tapi best.

err maybe excited + anxious gak sbb yg join trip ni sume bukan dr dept yg sama. i never talked to any of them more than 7 mins. kenal gitu2 je. so mmg really dunno what to expect. hopefully ok la sume.

tapi bak kata siti, "ok apa, dapat kawan baru." trying to look into the +ve side here, heheh. ok gak buat kawan. kalau x ngam jadik kawan pun, at least boleh aa ckp lepas ni, "oo si polan, aku pernah gi indon sama dgn dia..." heheh berangan.

a few days nanti dpt la kot updates on the trip. buruk ke, baik ke, insyaAllah aku war2kan. kalau ada gambar pun ok gak, tapi heheh kdg2 malas nak upload gambar nih. leceh.

wish me luck. wish me merriment. miss me.

ok chiow.

Read more...

we are what we are

>> June 06, 2007

::I try to see the good in life. But good things in life are hard to find.::

had a very nice weekend. tapi sbb xde gambar lagi, so will come back to that later.

kdg2 aku menyampah dgn masyarakat sekarang ni. not that i'm perfect, but please, be smart. aku x tau la ini permainan media ke apa (after all, i know society through media, so either the society is dumb, or the reporters create dumb stories about the society that led me to think that the society is dumb), tapi sekarang ni kita terlalu mengagung2kan / berasa kesian kat org yg bermula dr kesusahan. mmg la bagus dpt bangkit dr kesengsaraan hidup, dapat membantu mak bapak, etc, tapi salah org tu ke kalau dah lahir2 mmg dlm kesenangan?

kalau baca paper ke, yg di-highlight mesti asal org tu. mcm "siapa sangka, anak muda yang hanya mengambil upah mengilat kasut pada dulunya kini kaya" bla bla bla. contoh senang artis la. ada kawan aku pernah ckp dulu (AF-related), "kalau x bukan dr org susah, duduk kampung, jgn harap nak menang". maybe dah x berapa tepat dah kot, but still, part org susah tu mesti ada. mungkin part susah tu kena ada untuk menarik minat pembaca. untuk membuat pembaca kesian kat org tu, dan kagum sbb berjaya "melepaskan diri dr belenggu kemiskinan".

habis tu, yg mmg asal org senang x layak dijadikan teladan ke? like i said, it's not that person's fault if he / she was born in a decent / rich family. xkan kalau org tu asalnya miskin, pastuh bila dah besar hidup senang-lenang, pastuh kalau ada anak susahkan hidup anak tu so that nanti boleh 'berusaha utk melepaskan diri dr belenggu kemiskinan'? kdg2 kena tgk gak, apa yg didefinasikan sebagai miskin. kalau pakai sume cukup, mekap sume lawa, baju sume elok, xkan nak nangis2 lagi depan tv ckp diri org susah. xkan jadi penyanyi je cita2 untuk balas jasa mak bapak. "tinggi" nya la sangat. kalau nak kirakan, aku pun miskin. lagi miskin dr sultan brunei.

yg guna alasan org susah untuk dpt kerja pun satu. nasib aa kena berentap dgn sume golongan. kalau camtu, patut letak kriteria masa nak war-warkan jawatan kosong tu "hidup dikategorikan sebagai org susah", so xde la org yg rasa hidup dia senang tu nak apply for that job. walaupun yg aku dgr tu mungkin hanyalah rumours, kalau betul buat mcm tu, mmg whoever's responsible for deciding who stays n who doesn't is very unprofessional.

ntah la, pada aku, x payah sebut pun asalnya miskin ke apa ke. itu sekadar "penyedap cerita" je. yg jadik mangsa, pembaca / pendengar jugak, sbb terkesian / kagum kat org susah. yg jadik ntah apa2 kat tv dgn alasan nak bantu mak bapak tu, selfish je tu. nak amik kesempatan. yg terabis duit, kitaaaa jugak. this is another form of discrimination.

ok chiow.

Read more...
Powered By Blogger

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP