penang trip - part IV

>> February 08, 2010

selepas mencuci mata di street market (pasar jalan? pasar lorong? pasar laluan?) sambil membeli beberapa barangan yg mungkin sukar didapati di tpt2 lain (clue: taylor swift), rasanya dah kul 12 lebih baru sampai hotel balik. pastu sume pasang niat nak bangun awal, nak bercanda di pasiran pantai, except for sedah yg siap sound, "korang nak bangun bangun la, jgn kejut aku okay." oo lupa nak bgtau, kitorg dpt connecting room! bestnya rasa mcm dpt satu bilik yg besar.

pemandangan balcony kami dari balcony farah/eyan

tapi as usual, terlajak. sume pun bukan main kunci jam awal2, last2 sedah je yg dgr haha. itu pun berusaha la nak ajak sume turun. ye la, aku dgn eyan semangat beli seluar/tshirt, sbb x bawak spare. rugi laa x guna kan. tapi setelah bercalling2 dgn other rooms, diorg sume nak gi bfast dulu. apa lagi melantak la kami dulu (oh sungguh buruk bunyinya.. melantak).

gambar melantak... NOT! ni gambar posing selepas habis melantak

after makan, beach time bebeh! the hotel provides a private guest-only beach, n pagi2 tu boleh katakan kitorg la majority. apa lagi bergambaq laa


percubaan buat love... 1st try terus (boleh tahan) berjaya hehe

sebut ramai2: buaya biawak buaya biawak...

lepas dah puas bercanda-candaan, sume pakat balik bilik, nak checkout. plan nak singgah another must-try, nasi kandaq. kasik can eyan drive. again nak kena pergi based on directions fr nirma. haha tapi ni mmg aku yg bersalah laa.. aku rasa aku faham direction (nirma kept on stressing "ko masuk simpang, nnt gurney plaza belah kanan, laut belah kiri.. pastu nampak gurney hotel") tapi somehow bila dlm keta tu aku mcm blur mcmmana nak sampai ke gurney belah kanan laut belah kiri tu. err in my defense, lagi senang kalau bgtau nama kedai makan tu (kapitan's, btw) or that it's situated in the gurney tower building. mmg susah la kan, xleh nak guna garmin whatsoever kalau xde nama kedai. haha tapi mmg lawak laa nampak g hotel terus "haa ni la gurney hotel tu! dah tukar nama kot!" confidence is a must.

nasi briyani @ kapitan's. sedap kot, sampai diorg sume tapau bawak balik

after nasi kandaq, we made another pit-stop: chendol! a famous cendol street (i assume, since ada at least 2 cendol stalls kat jalan yg sama... opposite each other lagi) kat lebuh keng kwee. aku kurang gemar makan chendol, so aku order ais kacang. dua2 sama harga: rm1.90. it was only rm1.60 in 2008! ada org siap buat spekulasi lagi yg sebenarnya dua2 stalls tu owned by the same person, sbb setting sume sama. tapi sapetah komen yg lagi satu punya tu mcm santan x berapa pekat? sth like that.

boleh tgh syok2 makan, tiba2 dtg kirah n the gang! small world, small world. diorg pun sama nak enjoy makan chendol gak. so last2 camwhoring kat lebuh keng kwee tu.


lepas itu kami pun beransur pulang... sume pun sendiri2 je, x larat laa nak berkonvoi whatsoever. sempat lepak makan laksa kuala kat kuala kangsar, sempat gak bergambar dekat emsikeke (haha cubaan utk mengelak org google jumpa site ni), dan juga menabur kata nista terhadap sekolah tersebut. jeles sebenarnya, sekolah diorg very the english looking, dgn big tree la big clock la apa lagi big la. well actually kitorg x bergambar dgn sekolah itu, tapi ada satu spot yg menarik. sempat gak usha buku panduan mengajar sedah! aa comel gila tgk syllabus: mengajar murid2 cara2 menggunakan gunting dan aktiviti menggunting. okay i made the words up, tapi basically that's what she was supposed to do. amazingly tulisan sedah masih tulisan kolej. it takes one to know one...

pastu perjalanan balik mmg mcm biasa je... except we bumped into niza (yg x dpt join kitorg berhuhahuha sbb kena balik kampung in-laws). jumpa pun secara x sengaja, farah yg tgh syok2 drive tiba ckp, "eh apsal aku mcm kenal keta depan ni?" "omg ada sticker!" "ha'ah la nombor familiar laa... haritu ada nampak kat rumah tasnim." tgk2 niza... haha konon2 nak mms aa gambar keta dia dari belakang. tapi last2 x jadi. so kitorg ala2 mengekori keta dia sampai la laki dia masuk lane kiri balik. then terus kitorg potong sambil hon2 haha bengong. mesti laki dia bengang je sapa laa yg duk cucuk dari tadi. xde la cucuk sangat, tapi kalau dah bawak kat lane kanan je... hehe peace.

all in all, syiok! i could go on and on about how time passes and we're still the same person inside yada3, but words won't do them justice. they are truly amazing girls. we can not meet for 10 years and still act like we've been together all these while. or maybe i'm just too attached to them haha.

just one advice though: you haven't met them all until you've seen penang drivers. or until you drove around penang. aku rasa kitorg berempat sume ada menyumpah seseorang di penang.

ok chiow.

2 comments:

Qenari February 17, 2010 at 2:53 PM  

nampak sedap... heh

- S R R - February 18, 2010 at 8:18 AM  

apa yg sedap? beded kita baru perasan ko ada missed call haritu hehe sorry... ada kenduri sedara la that day. wazzup ko gi x kenduri alep?

Powered By Blogger

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP