CATastrophy

>> September 12, 2008

::Curiosity killed the cat, but for a while I was a suspect.::

latest update: anak lobo tinggal 1!
shortly after i wrote the smelly cat entry, 3 anak lobo sakit: yg putih tompok hitam 2, yg kaler brownish sekor. muntah2 keluar buih. x sampai 24 jam, yg brownish tu mati. pagi2 tgk dah kejur (sp?) badan. before gi kerja sempat pujuk mak aku bawakkan diorg lain gi klinik, takut yg lain2 tu sume mati. pastu balik kerja mak aku ckp yg x sakit tu bawak je gi klinik, sbb takut jangkit jugak.

bila aku gi jumpa vet, doc ckp diorg sume kena infection, sbb kutu byk sgt sampai kuman tu masuk dlm darah. waa kesian gila. mmg aku x sempat pun nak bawak diorg gi vaccination ke, berubat ke, sbb selalu fikir byk duit akan habis. ish, mcm zalim la pulak. ni pun berjangkit dr ziffy (another cat), sbb dia je yg ada kutu. lobo yg asalnya kucing jlnan pun xde kutu. tapi kat ziffy siket je, bila berjangkit ke anak2 lobo yg kecil2 belaka, jadi le byk. so weekend kitorg dtg klinik, bawak lobo suh nyusukan anak2 dia. tapi sedih la, yg gagah menyusu pun yg brownish yg plg sihat among them je. lain sume mcm x mampu pun nak gerak ke lobo.

after a few days, doc called mak aku, ckp another kitten died. bajet yg salah satu yg putih tompok hitam tu la. doc ckp gak dah boleh bawak balik yg lagi dua tu, tapi still kena monitor. sekali rupa2nya yg mati yg brownish tu... pelik gak aa kan. tapi xpela, ajal. so kat rumah aku dgn adik aku hari2 bg diorg makan n ubat guna syringe. last2 alhamdullillah ok.

but not for long. ada sekali tu aku mandikan salah sekor (sbb byk kutu yg aku x tau mana dtgnya, sbb sume dah diberi ubat kutu, termasuk lobo n ziffy), tgk ada bulu2 tanggal. tgk2 kurap pulak dah... bawak gi klinik, doc ckp ada flu n selsema jugak. tapi after a few days it got worse. tahap bila hembus nafas keluar bubble lagi. pastu asal makan je muntah. last2 bawak balik ke klinik, mintak doc monitor sampai dia sembuh.

after a week, doc ckp, "saya pun x tau nak buat apa lagi." kitorg pun redha je la, bawak balik biar dia mati kat rumah sebelah adik / abang n mak dia. surprisingly, bila balik boleh pulak dia jln2, siap naik tangga turun tangga lagi. cuma tulah, asal makan je muntah.

after a week, still bernyawa n bermaya. masa ni dah start terpikir, ntah2 boleh diselamatkan lagi. bincang2, decided nak bawak kat another vet. tapi time ni pun dia dah start selsema balik. so last tuesday mak aku bawak gi jumpa vet. sama gak aa after prelim check: doc ckp selsema, plus tekanan darah rendah. tahan kat klinik.

yesterday balik kerja, mak aku ckp yg anak kucing tu pun mati. mlm tu kitorg pun gi klinik, amik body n settle bill. waa, mintak2 anak lobo yg sekor tu selamat la. setakat ni alhamdulillah selamat lagi.

masa kat klinik semlm ada this one guy tgh settle bill utk kucing dia. kucing dia ya Allah mmg besar. x tau la mmg baka besar ke, dah tua ke (tapi rasa mcm muda lagi). bulu mcm karpet lak tu. tanya sakit apa, dia ckp demam kuning. heh teringat miguel yg mati sbb demam kuning. sempat gak jeling total dia kena bayar... rm550 tuu... err tapi kalau kirakan jumlah duit kitorg dah spent utk kucing2 kitorg selama ni, mau gak lebih rm700. sayang punya pasal.

sekarang ni ziffy lak mcm sakit. suka duduk bawah plastik sampah, pastu badan susut. suka makan abu rokok pulak tu. musykil aku. adakah kami mmg ditakdirkan utk tidak pandai menjaga kucing?

0 comments:

Powered By Blogger

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP