my trip to pulau pangkor (part II)

>> June 12, 2008

ni pemandangan dr rooftop parking lot kat jeti lumut. hehe survey satu tpt ni je, ingat paling ok dah ni. sekali dpt parking kat bumbung gak, sbb lain sume penuh ya amat. rm10/day tu. tapi okla, sbb xkan nak turun balik cari parking lain kot. tu salah satu feri yg ulang-alik ke pangkor. uu seronok dah time ni...

err kalau tgk k ida's blog, ada gambar mcm ni, tapi versi x semenggah. k ida ni mmg tau... time tu aku tgh suruh wati amikkan gambar, tgh ready tu, wati tanya nak kasi nampak sume ke. aku tgk la ke atas, sbb nak agak tinggi mana benda alah tu. tup2 dgr k ida gelak. cis3... xpe k ida, ada hari akanku balas heheh. btw ni kat lumut waterfront.


sampai2 kat jeti pangkor, jumpa pakngah wati aka tuan punya chalet. ckp2 kejap, pastu kitorg naik teksi pink gi chalet dia... naik teksi pink ni mmg mcm naik roller coaster betullah. turun naik turun naik xde hal punya. sampai2 tgk bilik x clear lagi... org yg sebelum x checkout lagi. sementara tunggu chalet clear tu, kitorg gi minum dgn pakngah. pastu cerita2 la pasal aktiviti2 di pangkor.


tgh2 borak tu, "orang ittew" join. haha sampai sudah kitorg x tau nama dia... "orang ittew" ada buat service sewa jacket, goggles, boat, jetski, etc kat tepi pantai teluk nipah tu. so apa lagi, tanya abis la kat dia ni. tanya ni berapa rm, naik ni gi mana, lama x kalau gi sana, etc. last2 "orang ittew" ckp, kalau nak gi snorkeling boleh ckp kat adik dia petang nanti. time tu excited + nervous gak aa... ye la, org x tau berenang la katakan. xpe, redah je.


lepas masuk bilik, rehat2 jap sume, dlm kul 3 gitu berjln la kitorg ke pantai. tapi sebelum tu kena isi minyak dulu... singgah makan nasi goreng kampung kat satu gerai ni. hehe sempat gak usha menu sign dia, ada jual mi "bamdum". haha lawak siot.


lepas makan, gi la cari adik "orang ittew". maka bermulalah journey kami yg x seberapa ini... hehe. kitorg pakai life jacket, pastu naik boat yg dikemudi oleh murad (kitorg pronouce mcm dlm tv tu - dr. murad). tgk pulau2 kecik lain yg ada kat keliling pangkor.


sempat lagi posing tu... best sbb bot laju.


sebelum kitorg stop nak gi snorkeling tu, murad demo nak tunjukkan betapa byknya ikan kat bawah tu. baling secubit roti je, fuh penuh surface dgn ikan yg berebut nak roti tu. mmg lawa lah. pastu murad siap tangkap satu ikan, tunjuk cth ikan yg xleh dipegang sbb ada duri.


lepas tu, murad pun bg aa tips nak snorkeling. antaranya kalau boleh jgn jln atas air, sbb takut terpijak corals. waa time ni scary gak, sbb duk fikir mcm mana nak gerak kalau xleh jln? bukannya tau berenang. time ni aku dgn wati mcm takut aa, k ida pun takut gak kot, tapi xpe, dia ada laki dia heheh. since dah sampai kan, bantai je la.


kami dgn goggles kami hehe... masa ni murad dah balik pangkor balik dah. mula2 tu, diri je dlm air. tapi disbbkan byk bot lalu sbb nak amik / turunkan org, last2 kena ke tengah jugak. time tu mmg cuak gila la, sbb kaki dah x jejak, pastu muka lak asyik masuk air je (xleh nak face up). pastu instinctively, aku secara2 tiba boleh twist badan so that muka aku x menghadap dasar laut dah. ceh, seronok la lepas tu share new discovery dgn k ida n wati. n nasib baik gak kitorg berenang dekat2 dgn satu pakcik dgn anak dia, dia duk ajar anak dia kayuh2 kaki mcm kayuh basikal. kitorg pun ikut kata sekali... sama2 belajar kayuh. pastu boleh la siket2. bergerak la jugak. uh apa lagi.. berenang2 bak ikan la kitorg lepas tu.

p/s: aku rasa org lain x paham paragraph ni... lantak pi la

dah 1/2 jam gitu, rasa rimas sbb jap2 kena suh ke tepi oleh bot2. kitorg pun pindah the other side, yg ada gak org pancing. sini lagi lawa, ikan pun ada yg besar2. uu time ni dah berani nak pegang roti sume. mmg x naik langsung la time ni. mcm amaze sgt boleh berenang sekali dgn ikan2, tgk terumbu karang besar2 kat dasar. ada sekali tu, time dah nak balik k ida offer biskut choc fudge. aku x tau la mmg choc fudge giant sedap ke apa, tapi mmg aku dgn wati rasa biskut tu plg sedap yg pernah kitorg jumpa. siap lepas 1st bite tu, terus, "ee sedapnya biskut ni! biskut apa ni, x pernah rasa pun?" hehe punya la lapar.


kul 6 (2nd time murad dtg) baru kitorg balik ke pulau pangkor balik. itu pun sambung lak mandi kat tepi laut. tapi mandi biasa2 je la, sbb x pandai berenang. ingat nak praktikkan cara2 masa snorkeling tadi, tapi x berjaya gak.

dah kul 7 baru naik... itu pun sempat singgah kedai minum bersama2 pakngah n "orang ittew". tapi time ni dah menggigil dah... sejuk gila. abis minum je, terus balik chalet, siap nak makan lak.

time makan, biasa la, kena pekena ikan bakaq. itu pun tunggu punya la lama, sampai tertido2 k ida heheh. tapi sedap, walaupun itu je lauk kitorg (sayur abis!). lepas makan, gi cari baju2 utk dibeli nak bawak balik. pastu, sambung borak kat bilik. err ada this one time, tgh gelak2, tiba2 terdgr org sambung gelak kat luar. terdiam aku dgn wati time tu, siap wati terus lari duduk sebelah aku tu. after a few seconds, wati beranikan diri gi tingkap, nak tgk kot2 mamat2 yg bersidai kat luar yg kacau kitorg. tapi tgk chalet diorg senyap je. lepas tu mmg kitorg dah x borak sgt dah. tido zzzzz....

cont.

0 comments:

Powered By Blogger

Recent Comments

Grab This Widget

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008. top pic by Jcome

Back to TOP