buzz off lah!
>> March 24, 2011
::There is no faculty of the human soul so persistent and universal as that of hatred::
wey enough la wey
rentetan daripada peristiwa aku dapat call berkaitan i-kasih, t/hari tadi dapat lagi satu call. tapi ni lain la, daripada etika / etiqa takaful maybank pulak. the much shorter version of what had transpired between us:
MrH(-): hello boleh saya bercakap dengan cik SRR?
aku(+): iye saya.
- cik saya daripada etika takaful maybank, nak buat pengesahan atas pelan takaful yg cik amik tahun lepas lah ye.
+ eh bila saya amik?
- bulan 2 2010.
+ oo ok...
- so pelan ni berjalan 2 tahun, kiranya ada lagi setahun lah ye cik. pelan yg cik amik ni, kiranya ada apa2 terjadi pada cik atau waris cik, kami akan tanggung sehingga rm250,000 lah. benda ni expired bulan 3 2012.
+ oo ok
- so kami ni nak buat pengesahan lah. waris cik ni ayah cik kan?
+ ha'ah.
seperti biasa, aku dgn lurus bendulnya menconfirmkan apa2 yg dia ckp; nama, alamat, ic, nama ayah, birthdate ayah, etc. huwaaa why oh why did i fall for the same trap again? stupid stupid. but here's the best part:
- so utk activatekan keahlian cik ni, ikut prosedur saya kena bacakan nombor keahlian 16 digit kredit kad cik, cik kena verify lah ye.
+ no. keahlian ke tu?
- ye cik. so boleh keluarkan cc cik?
+ ok tgh pegang ni.
- so nombornya XXXXXXXXX. betul?
+ ye betul.
- so langkah seterusnya cik kena sebut expiry date cc cik tu.
+ huh? kenapa pulak?
- ini prosedurnya cik.
+ mesti awak dah ada info tu kan. buat apa nak verify pulak. nombor dah ada mesti ada expiry datenya sekali.
- bukan cik. ni mmg langkah utk pengaktifan ni cik. mula2 saya kena baca nombor 16 digit, lepas tu cik kena sebut expiry date kad tu, lepas tu saya sebutkan sth sth (serious aku lupa apa yg dia kena sebut), lepas tu cik pulak sebutkan nombor keahlian 3 digit.
+ eh kejap kejap. nombor keahlian 3 digit yg mana pulak ni?
- (dia ulang balik whole 'procedure'), lepas tu yg last 3 digit nombor.
+ ye saya paham awak dah sebut tadi. nombor 3 digit mana yg awak nak saya sebut tu?
- yg kat belakang kad tu.
+ uish mana boleh bgtau sebarangan nombor tu. matila saya kalau awak tau sume details pasal kad tu. tanpa actual kad pun awak dah boleh guna buat mcm2.
- tapi ni mmg prosedur cik. lagipun saya dah bg nama saya, ic number saya, no telepon saya kat cik kan. kalau ada apa2, saya pecah amanah ke apa ke, cik boleh report polis.
+ saya cek dgn polis dulu la mcm ni
- cik, ni mmg prosedur cik, kalau x xleh diaktifkan pelan takaful tu cik.
+ habis katakan saya x nak bagi details yg awak nak, apa akan jadi? saya boleh cancel ke pelan tu?
- tapi cik (again, dia explain the whole procedure). kalau saya x buat mcm ni, nnt manager saya akan query, nnt akan lagi byk call drpd bank yg cik akan dpt.
+ oklah kalau gitu, saya tunggu je la call drpd manager awak.
- ok kalau apa2 jadi pada waris cik, pihak kami xkan layan ye.
+ ok.
celaka sgt doakan / ugut mcm tu. tapi hampir tertipu la sbb dia ckp etiqa takaful maybank tu kan. and mmg benda tu wujud. tapi mmg aku x ingat la aku ada amik ke x pelan2 mcm ni. mcm impossible je amik x bayar apa2 kan. MO mmg sgt2 sama dgn i-kasih tu, just tukar nama je. x habis2 dgn nombor keahlian 3 digit belakang kad tu.
pastu balik rumah mak aku cite rupa2nya dia dah call rumah dulu nak tanya pasal ni. mak aku dgn lasernya jawab, "nak verify apanya lagi, kalau anak saya dah sign up utk apa2, mesti sume details awak dah ada. buat apa nak verify2 lagi." mmg betul pun kan. dah la benda yg dah berjalan setahun, impossible tiap2 tahun ko nak verify itu ini by phone. ever heard of email?
aku nak report kat mana ek benda2 mcm ni? sgt mengganggu emosi okay. x pasal2 kesian kat MrH tu, sbb aku rasa dia pun kerja cari makan je, dah bos suruh kan. eee tapi geram sgt. to MrH, please go find other job. i'm sure you're wayy smarter than conning ppl like this. dahla dah umur 28 (kalau betul IC num yg dia bg tu la hehe).
rasa mcm nak call pulak hphone num yg dia bagi tu, nak verify betul x tu dia.
ok chiow.
Read more...