penang trip - part I
>> January 26, 2010
last 2 weeks or so kitorg dpt jemputan gi kenduri salah seorang kawan kami, tasnim di kepala batas, penang. tgk penang masa tu aku dah, "jauhnyaaa". sume org yg selalu aku join pun senyap je, so mmg big possibility xde org plan nak gi sana la kot.
pastu bermesej2an dgn farah, kot la dia nak gi n tgh cari org. tgk2 dia pun malas nak bawak keta. sekali dia msg, "... ke ko rajin nak drive haha bleh rase naik ***z ko tu tet!!". ide yg baik nih. pastu aku pun ckp ha boleh try tanya bapak aku dulu, pastu nak tanya2 org lain sapa2 lagi nak join.
awal2 tu mmg parents aku x kasik. kata jauh la, keta aku tu x stabil la. mcm nak nangis la jugak, apsal aku buat sume xleh, org lain buat sume ok je. kalau keta tu x ok, apsal suh aku beli dulu. mmg ingat x jadi la ni, tapi aku suh gak farah bookkan bilik. last2 hari khamis tu bapak aku ckp, "kalau awak nak sgt, ok lah." the closest to a greenlight i've ever got. yeehaa road trip bebeh!
so di waktu officematesku sedang sibuk menikmati juadah jamuan awal tahun, aku sibuk bersms / call nak organize itinerary. sume pun duk jauh2 tu... dari desa pandan sampai la ke kuala kangsar aku nak kena amik. n had to try to make it to tasnim's place by 1 pm (time dia sanding).
on D day, x bangun lewat pun, tapi biasa la kelam-kabut sume kan. pastu keluar2 rumah je keta dah beratur. cis terlupa sabtu ada sekolah ganti. bersusun kereta kat mana2 jln pun. adehhh kul berapa mau sampai desa pandan nih. last2 7:30 baru masuk highway, awalnya janji 7:30 amik eyan dulu. campur sesat2 nak cari rumah eyan lagi. tapi alhamdulillah berjaya sampai jugak.
ard 9 sampai bukit beruntung lak, amik farah. disbbkan kami sume belum breakfast, singgah kedai mamak makan roti canai. 930 baru bertolak ke kuala kangsar lak amik sedah. err aku kena syarat sebenarnya nak drive ni: kena drive <100kmh. tabley tahan beb, highway ke utara sume lurus bak bendul. boleh syok2 drive, farah tegur, "tet... tu dah 120 tu." terus terngiang2 kata2 bapak aku. terpaksa slow down. akhirnya around 11 sampai rumah sedah. maka bertolaklah kami berempat ke rumah tasnim.
nak kirakan, sepatutnya ada 5 org, sbb azian dari perlis pun nak join. mula2 dia ingat nak drive, tapi since kekla (kawan lagi sorg) x dpt join, dia pikir nak naik bas. aku pun siap ckp, ok je boleh jemput dia kat butterworth. hehe tapi dlm hati dah terpikir alamak kena make another stop. tapi last2 x jadi, sbb ingatkan dia nak drive jugak tapi x jadi akhirnya. so kami berempat je le.
430 km later, sampai la kami ke rumah tasnim.
to be continued...